Mar 30, 2010

DUGAAN

Assalammualaikum


Dugaan

Kita tidak mampu,

mengarahkan angin,

tetapi

kita boleh

mengemudi layarnya.



Mar 26, 2010

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Hari Terakhir

Assalammualaikum dan Salam Senyum.

Alhamdulilah. Berakhir sudah PBS ku di SK Seri Sitiawan Manjung Raya. Aku tidak sempat membuat coretan2 akibat kekangan masa yang aku hadapi. Huhu. Pape pun, memang seronok dan bez. Banyak perkara yang aku belajar. Semua tue adalah pengalaman yang berharga.







Jadi, aku akan pulang ke Pulau Pinang untuk menyambung pembelajaran aku untuk menjadi seorang guru. Banyak perkara yang menunggu aku di sana. Huhu. Semoga berjaya kepada semua. May ALLAH bless u oll.

Terima kasih kepada semua warga SKSS yang banyak memberi kerjasama sepanjang aku berada di sana. Begitu juga kepada rakan2 yang bersama aku di sana, Firdaus, Syuhada dan Lailatul dari IPG Sultan Mizan. Gd luck sumer.

Assalammualaikum....


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Hari-4





Mar 23, 2010

Mar 16, 2010

Cekodok

Assalammualaikum dan Salam Senyum.


Mari kita belajar cara-cara membuat Cekodok Pisang.

Bahan2 yang perlu ada:- 1) Pisang masak
2) Tepung
3) Gula
4) Garam
5) Minyak masak

Langkah pertama....pastikan anda memilih pisang yang sudah masak dan selamat untuk dimakan. Buang kulit pisang dulu, baru masuk kan pisang yang sudah ditanggalkan kulit nye ke dalam bekas mandi. Haha.

Selepas itu, anda dikehendaki melenyek-lenyek kesemua pisang sehingga penyek. Lakukan tanpa unsur2 keganasan.

Masukkan tepung secukup rasa. Gaulkan sehingga berbati-bati.

Masukkan jugak garam....(jangan terlebih plak, nnt jadi cekodok masin plak)


Masukkan jugak gula. (gula pun jgn lebih2. nnt kene kencing manis)


Gaulkan semuanyer sehingga sebati. Gaulkan sambil tersenyum. Haha

"Bile la nak siap cekodok nyer..berjanggut dh menunggunyer"


Masukkan bahan ke dalam bekas lain untuk digoreng.

Panaskan minyak dulu. Rase dulu minyak dah panas ke belum. Cam ne nk rase? Masukkan tangan anda ke dalam minyak tue. Kalo anda menjerit kesakitan, mean panas la. Kalo x jerit kesakitan, wat muke tenang jer, mean x panas lagi la. Haha.

Masukkan dengan berhati-hati .Pastikan bahan mentah digoreng dengan baik. Sentiase jage minyak dan api supaya tidak makan cekodok hangus. haha.

Gaul2 kan elok2. Cantikkan rupenyer. Aku tau perut korang dh berbunyi. haha

Sudah siap!! Anda dinasihatkan buat bentuk yang bulat2. Tapi, kalo rase nak buat bentuk ikut suke hati anda pun dibenarkan.


Setakat ini sahaja. Bersambung kemudian. Terima kasih.


*Alhamdulilah. Dapat gak aku makan cekodok. :)))))) :DDDD
**Suke suke la jawap nyer....


Mar 14, 2010

CuTi? Mase UntuK BeReHaT atau EsAiMeN?

Assalammualaikum dan Salam Senyum.



Alhamdulilah. Syukur2. Masih lagi dipanjangkan umur aku untuk menaip blog PS aku ini. Agak lama aku tidak mengupdate aku punya blog ini. Kesian PS kan. Uhuk.


Jadi, aku nak ucapkan Selamat Bercuti kepada masyarakat dunia yang bercuti. Haha. Universal pulak blog PS aku ini kan. Tapi, cuti aku ini, masa untuk berehat atau untuk menyiapkan esaimen?


Ada kawan2 aku kata, "Kalo dh cuti, mase untuk cuti segala-galanye la". Ada pulak pendapat mengatakan, "Siapkan esaimen dulu, baru boleh berehat." Tapi, kalau esaimen berlambak macam bubur lambak, bila masa hendak berehatnya. Huhu.




Antara subjek2 yang bertuah untuk diselesaikan adalah:- (jeng3)

1) Perkembangan kanak2
2) Falsafah Pendidikan
3) Pendidikan Sains Sosial (dua esaimen)
4) English (3 Articles & compare)
5) Laporan PBS


Sikit kan esaimen nye. Wah! Tahniah2!! Huhu.


Buat la esaimen2 ini secara berperingkat. Dekat Penang pun aku tak dapat berehat, apatah lagi kat rumah. Masih lagi memikirkan 1 event yang belum dapat pengesahan. Cam mane la agaknye. Doakan semuanye berjalan dengan lancar. Hari Isnin nie keputusan akan keluar. Huhu.




Segala-galanya perlukan ketenangan, kesabaran, ketabahan dan byk KE lagi la. Positif2. Dengan melayan kerenah2 birokrasi, kerenah2 yg negatif, kerenah2 lain la. Positifkan lagi. Bagi aku, semua ini lah kehidupan. Jalan masih panjang. Selagi ada kudrat, selagi waras, selagi ada segala yang mampu, teruskan!! Haha.


Salam semua.......



*Maafkan segala kesilapan, kesalahan, keceluparan, kenegatifan dan lain2 la yang aku lakukan kat manusia yang mengenali diriku ini.

Mar 11, 2010

SuDaH LaMe Beb!!!!






~sudah agak lame~