Feb 1, 2011

Nikmat

Assalammualaikum....

Alhamdulilah! Syukur dengan segala peluang dan ruang serta nikmat ALLAH yang melimpah ruah diberikan kepada aku. Segala yang aku lakukan sekarang adalah keranaNya. DaripadaNya aku datang, kepadaNya jua aku kembali. Jangan sekali-kali menafikan perkara fakta ini.

Namun, adakah segala yang diberikan kepada aku ini selalu aku gunakannya dengan baik? dengan betul? Pabila aku senang dengan nikmatNya, aku lupa dan alpa. Layakkah aku mendapatkan nikmatNya?


Pabila salah satu nikmat tersebut ditarik daripada aku, aku mengerti peringatan yang diberikan. Hidup kita ini, walaubagaimana pun pasti akan berputar kembali kepadaNya. Baru ALLAH tarik sedikit nikmat yang diberi kepada aku dan mahu menguji aku. Betapa dugaan ujian yang diberikan itu sepatutnya lebih membuatkan aku dekatkan diri kepadaNya.


firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 18 tafsirnya:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi".

Aku selalu berdoa meminta itu ini daripadaNya. Tapi penahkah aku fikir, jika aku mahu sesuatu, perlulah aku terlebih dahulu mengikut arahanNya. Siapalah aku untuk memperkatakan perkara seperti ini. Hanya insan hina dan sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Namun sebagai seorang hambaNya, aku berusaha untuk mengejar keredhaanNya. Peringatan untuk diri aku sendiri.



Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. (Surah An-Naml:40)



manusia hanya berusaha untuk mendapatkan keredhaanNya. dan yang paling penting, segala amalan dan perbuatan kita itu dinilai oleh ALLAH. bukan manusia. Disebabkan itulah Islam itu cukup indah. Selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik. dan segala yang berlaku disekeliling kita ini adalah kehendakNya dan kita perlu berusaha untuk sentiasa mengejar keredhaanNya.



mohon maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan. harap perbetulkan insan yg mencari-cari ini.

As Salam.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nahl ayat 78 tafsirnya :

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur".