Dec 8, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Assalammualaikum.

Alhamdulilah. Aku masih lagi diberi salah satu nikmat paling besar dalam hidup aku iaitu Islam dan Iman serta jantung yang berdegup dalam badan saya ini.

Masa sentiasa bergerak. 1432 hijrah menyingkap buku baru dalam amalan kita di dunia atau muka bumi ALLAH ini. Persoalannya, apa hijrah yang aku sudah lakukan?


Setiap manusia, dalam diri mereka pasti akan ada impian atau pun keinginan untuk melakukan perubahan walau sekecil mana pun perkara tersebut. Pastikan, perubahan yang kita lakukan itu adalah betul, positif dan baik terutamanya kita sebagai umat Islam yang menuju ke arah mendapatkan keredhaanNya.




Seperti tahun-tahun sebelum ini, aku cuba untuk melakukan perubahan. Sepatutnya, semakin hari, semakin bertambah baik. Tetapi aku merasakan diri aku ini semakin teruk dan tidak baik. Hipokritkah aku? Berat sungguh segala-galanya bagi aku. Namun sebenarnya, aku sendiri yang menyukarkan dan memberatkan segala-galanya. Sedangkan ianya cukup mudah dan senang selagi kita mengikut segala perintahNya.

Janji ALLAH itu pasti, tapi manusia juga yang menafikannya. Manusia juga yang memandang remeh. Manusia juga yang tidak tahu bersyukur. Manusia juga yang mahu dari sepatutnya.

Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua. Aku masih lagi tergolong manusia yang tidak tahu bersyukur dan aku masih lagi jauh dariNya.

Ya ALLAH.


No comments: