Oct 18, 2011

hilang


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.


Aku merasakan yang aku semakin hilang arah. Pelbagai perkara yang semakin teruk berlaku kepada aku. sangat2 hilang arah.

"aku terlalu memikirkan masalah orang lain tapi masalah aku sendiri tak selesai. aku terlalu memikirkan orang lain bermasalah tapi aku lagi bermasalah dan teruk daripada orang lain"

semua perkara yang berlaku adalah mesti berbalik semula kepada kelakukan, sikap, perbuatan dan segala-galanya terhadap Pencipta kita. aku cuba refleksi, tapi masih lagi hilang. aku cuba muhasabah diri tapi masih lagi hilang. aku tak tahu nak buat apa lagi dah. aku hilang.

aku mahu jadi seperti orang lain. tapi apakan daya. adakah esok masih ada lagi untuk aku? namun aku tetap hilang arah..


Jun 3, 2011

Sedikit coretan

Assalammualaikum...

Sedikit coretan daripada teman di hati sepanjang hayat hingga ke syurga, insyaALLAH.




'Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung rebah menyembah bumi, sesekali melangkah dengan gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada dilandasan yang betul, usah digusar pada anugerah ALLAH. Anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan'.


Terima kasih untuk peringatan ini.


Feb 1, 2011

Nikmat

Assalammualaikum....

Alhamdulilah! Syukur dengan segala peluang dan ruang serta nikmat ALLAH yang melimpah ruah diberikan kepada aku. Segala yang aku lakukan sekarang adalah keranaNya. DaripadaNya aku datang, kepadaNya jua aku kembali. Jangan sekali-kali menafikan perkara fakta ini.

Namun, adakah segala yang diberikan kepada aku ini selalu aku gunakannya dengan baik? dengan betul? Pabila aku senang dengan nikmatNya, aku lupa dan alpa. Layakkah aku mendapatkan nikmatNya?


Pabila salah satu nikmat tersebut ditarik daripada aku, aku mengerti peringatan yang diberikan. Hidup kita ini, walaubagaimana pun pasti akan berputar kembali kepadaNya. Baru ALLAH tarik sedikit nikmat yang diberi kepada aku dan mahu menguji aku. Betapa dugaan ujian yang diberikan itu sepatutnya lebih membuatkan aku dekatkan diri kepadaNya.


firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 18 tafsirnya:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi".

Aku selalu berdoa meminta itu ini daripadaNya. Tapi penahkah aku fikir, jika aku mahu sesuatu, perlulah aku terlebih dahulu mengikut arahanNya. Siapalah aku untuk memperkatakan perkara seperti ini. Hanya insan hina dan sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Namun sebagai seorang hambaNya, aku berusaha untuk mengejar keredhaanNya. Peringatan untuk diri aku sendiri.



Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. (Surah An-Naml:40)



manusia hanya berusaha untuk mendapatkan keredhaanNya. dan yang paling penting, segala amalan dan perbuatan kita itu dinilai oleh ALLAH. bukan manusia. Disebabkan itulah Islam itu cukup indah. Selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik. dan segala yang berlaku disekeliling kita ini adalah kehendakNya dan kita perlu berusaha untuk sentiasa mengejar keredhaanNya.



mohon maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan. harap perbetulkan insan yg mencari-cari ini.

As Salam.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nahl ayat 78 tafsirnya :

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur".



Jan 17, 2011

Kesempatan

Assalammualaikum....

Alhamdulilah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dapat mencoret sesuatu di sini.

Apakah kesedaran yang ada dalam diri kita ini? Sentiasakah kita sedar bahawa kita ini hidup hanya sementara? Kita sentiasa lupa dan alpa kepada Pencipta kita sedangkan Yang Maha Kuasa tidak pernah pun melupakan dan mengabaikan kita. Namun kita sendiri yang membiarkan masa kita berlalu sia-sia.

Pertama, kita perlu ingat kita ini hamba ALLAH yang wajib kita sembah dan turuti. Kedua, kita ini umat manusia yang perlu untuk kita ikuti ajaran Baginda Rasul Muhammad s.a.w. Ketiga, kita wajib untuk berbakti dan jangan sesekali derhaka kepada ibu dan ayah kita. Dan seterusnya......

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)





Tapi aku ingin meletakkan fokus aku pada Cinta kepada kedua ibu ayah. Cinta utama kita kepada ALLAH selepas itu Rasul Muhammad dan ketiga ibu serta ayah kita. Aku berfikir. Adakah aku diberi peluang untuk berbakti kepada mereka? Sempatkah aku? Dengan sikap aku yang selalu melawan mereka, adakah ALLAH akan mengampuni diri aku ini?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Aku sentiasa kasar kepada kedua ibu ayah ku. Dengan tutur kata aku yang tinggi, aku merasakan membuatkan mereka kecewa kepada ku. Sepanjang aku masih hidup ini, aku masih lagi tidak membanggakan ibu dan ayah ku. Mereka telah banyak berkorban untuk aku, tapi apa yang aku lakukan kepada mereka?

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Aku ini manusia yang sentiasa lalai dan tidak mengikut jalan yang sepatutnya. Ajal maut di tangan Yang Maha Kuasa. Kita tidak tahu bila kita akan di panggilNya. Aku memohon kepada Mu berikan lah apa yang terbaik buat ku.

Doa untuk kedua ibu ayah "Ya ALLAH! Ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil."


Amin Ya Rabbal Alamin...


mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekhilafan. harap perbetulkan. Moga ALLAH mudahkan segala urusan kalian.