Assalammualaikum....
Alhamdulilah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dapat mencoret sesuatu di sini.
Apakah kesedaran yang ada dalam diri kita ini? Sentiasakah kita sedar bahawa kita ini hidup hanya sementara? Kita sentiasa lupa dan alpa kepada Pencipta kita sedangkan Yang Maha Kuasa tidak pernah pun melupakan dan mengabaikan kita. Namun kita sendiri yang membiarkan masa kita berlalu sia-sia.
Pertama, kita perlu ingat kita ini hamba ALLAH yang wajib kita sembah dan turuti. Kedua, kita ini umat manusia yang perlu untuk kita ikuti ajaran Baginda Rasul Muhammad s.a.w. Ketiga, kita wajib untuk berbakti dan jangan sesekali derhaka kepada ibu dan ayah kita. Dan seterusnya......
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Tapi aku ingin meletakkan fokus aku pada Cinta kepada kedua ibu ayah. Cinta utama kita kepada ALLAH selepas itu Rasul Muhammad dan ketiga ibu serta ayah kita. Aku berfikir. Adakah aku diberi peluang untuk berbakti kepada mereka? Sempatkah aku? Dengan sikap aku yang selalu melawan mereka, adakah ALLAH akan mengampuni diri aku ini?
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)
Aku sentiasa kasar kepada kedua ibu ayah ku. Dengan tutur kata aku yang tinggi, aku merasakan membuatkan mereka kecewa kepada ku. Sepanjang aku masih hidup ini, aku masih lagi tidak membanggakan ibu dan ayah ku. Mereka telah banyak berkorban untuk aku, tapi apa yang aku lakukan kepada mereka?
Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Aku ini manusia yang sentiasa lalai dan tidak mengikut jalan yang sepatutnya. Ajal maut di tangan Yang Maha Kuasa. Kita tidak tahu bila kita akan di panggilNya. Aku memohon kepada Mu berikan lah apa yang terbaik buat ku.
Doa untuk kedua ibu ayah "Ya ALLAH! Ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil."
Amin Ya Rabbal Alamin...
mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekhilafan. harap perbetulkan. Moga ALLAH mudahkan segala urusan kalian.