"Aku kagum. Biasanya Harakah sahaja yang akan melaporkan cerita dan berita berkenaaan Muktamar PAS . Tetapi keterbukaan akhbar milik kerajaaan sudah mula kelihatan. Utusan Malaysia terutamanya menyediakan ruangan khusus yang aku kira agak banyak ruang laporan berkenaan Muktamar itu. Semoga laporan ini adalah cerminan keikhlasan kerajaan bagi menghidupkan demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Itu yang aku harapkan.
Isu besar yang diulangtayang adalah berkenaan Kerajaan Perpaduan yang menimbulkan tanda tanya dalam benak kita semua. Pelan perlaksanaan masih kabur dan kurang jelas. Kebanyakan kita aku rasakan kini bersikap wait and see. Hasrat murni yang dilahirkan oleh Presiden PAS disambut dengan keterbukaan, prejudis dan tidak kurang juga bantahan oleh sesetengah kelompok manusia. Aku melihat demi survival umat Melayu yang menjadi pendokong ajaran suci Islam, cadangan ini perlu direalisasikan.
Kita patut belajar daripada sejarah. Ramai yang mungkin tidak tahu apa yang berlaku di negeri Perak selepas keputusan rasmi Pilihanraya ke12 tahun lepas dikeluarkan. Isu ini aku perolehi dari majalah Milenia Muslim. Selepas keputusan tidak memihak kepada BN untuk mendirikan kerajaan negeri, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajul Rosli telah melahirkan satu hasrat yang aku kira sangat murni dan suci. Hasrat itu telah dizahirkan kepada mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.
Hasratnya satu. Mewujudkan kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan antara PAS dan BN. Benar! Ini cadangannya. Bahkan, BN bersedia memberikan jawatan Menteri Besar kepada wakil rakyat PAS. Mufti Perak telah bertandang ke Kelantan menemui Mursyidul Am PAS bagi menyampaikan hasrat tersebut. Namun Tuan Guru Nik Aziz tidak memberikan kata putus kerana kata beliau keputusan terletak di tangan Presiden Parti. Kemudian mufti Perak berkunjung menemui Presiden PAS dan sekali lagi juga hasrat itu tertangguh kerana kata Tuan Guru Abdul Hadi, keputusan terletak di tangan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang. Aku terkejut dengan tindakan Pesuruhjatya PAS Perak ini.
Cadangan murni ini dinafikan dengan alasan yang agak kurang rasional bagiku. Alasan yang buat aku terkilan. Alasan yang buat aku berfikir panjang. Mungkin mereka yang pakar agama ada hujah dan rasional sendiri dalam melontarkan pandangan dan membuat keputusan tetapi rakyat marhaen seperti aku juga punya buah fikiran. Jawapan yang diberikan Ustaz Ahmad Awang menimbulkan musykil yang berpanjangan. Keengganan beliau menerima cadangan itu kerana alasannya PAS tidak akan berkerjasama dengan UMNO kerana parti itu zalim. Kezaliman UMNO pada aku masih tidak diperjelas. Kekaburan tentang isu ini juga ditambah dengan persoalan yang yang tidak henti-henti berlegar.
Apakah definisi zalim bagi mereka yang bergelar ahli politik juga ahli agama? Adakah parti kawan dalam pakatan rakyat tidak zalim? Kenapakah PAS memilih untuk bekerjasama dengan bukan Islam? Kenapa menolak pelawaan insan seaqidah yang ingin bersatu demi kepentingan ummah? Antara muslim dan bukan, yang mana sebenarnya keutamaan?
Aku yang lemah agama ini bersetuju beberapa perkara yang telah dilakukan UMNO dan BN bersifat zalim, ISA terutamanya. Tetapi bagi aku yang kurang ilmu Islam ini juga, kezaliman yang lebih besar adalah dengan menzalimi aqidah. Zalim kerana menyekutukan Allah dan tidak beriman denganNya. Setahu aku, ahli PAS dan UMNO masih tidak zalim dalam aqidah mereka. Percaya dan menyembah Tuhan yang sama dan mengucapkan syahadah yang tetap sama. Tetapi persoalannya, kenapa syahadah sama yang kita lafazkan saban hari ini masih gagal menyatukan kita?
Aku sekadar bertanya kerana aku rindukan perpaduan Ummah. Ummah yang suatu ketika dahulu sangat gagah. Mungkin kita di bumi Malaysia masih tidak belajar daripada perpecahan Sunni dan Syiah di kebanyakan negara Timur Tengah. Kita enggan meneladani perbalahan Hamas dan Fatah di bumi Palestin, bumi barakah. Aku kadang-kadang terfikir, kalau umat Islam di bumi bertuah Malaysia ini masih tidak bersatu, keadaan dan kesan yang sama seperti dialami mereka akan kita rasa. Nikmat keamanan kurniaan Tuhan ini mungkin akan menemui titik akhirnya.
p/s: kalau tokoh PAS kata ‘Ya’ berkenaan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri Perak, keaiban yang sudah berlaku (kejadian sidang bawah pokok, baring atas jalan, tarik keluar dewan) mungkin dapat dielak. kita perlukan hikmah dalam bertindak… "
penulis: abg amir ( http://fikirseorangfakir.wordpress.com/)
so..bg aku...kedua-dua belah pihak duduk berubah... bukan satu pihak, tp kedua-dua pihak yg terlibat. sila tinggal kan komen untk same2 kite membuka minda n berbincg n mendengar pendapat dr rakyat sendiri. jgn emosional... tp bercakap atas dasar keterbukaan
12 comments:
betul gak.
kalau teus berpecah mcm ni risau jadi mcm puak sunni dan syiah lah, fatah dan hamas lah.
Skrg ni pon da nmpk org pas n barisan saling menburukkan antara satu sama lain. bahaya nih..
nak salahkan pas 100% sbb tolak umno tak bule jugak. Mesti ade reason kenapa pas tolak umno. harap2 diorang boleh musyawarah n bersatu padu. Baru Islam akan kuat. YeayH!
semoga ada penyelesaian terbaik..
=>
"Kita patut belajar daripada sejarah"
subjek sjrh x bes...T^T
oh ya, n3 ni x phm sgt...
so x tau nk komen hape..
hehe...
lama x singgah cni...
:D
as usual,politic is dirty..
1. the same thought i've been having since the first time i know that in FC Malay=Islam. We're one. Unfortunately people know Umno as 'parti Melayu' and Pas 'parti Islam'. Why the segregation?
2. Simple, because in truth, we dont like to share :) And sebab wujudnya terma 'Melayu moden'. 'Islam moden'. 'Melayu sejati'. 'Islam sejati'. Mana datang aku tak tau.
3. Bottomline, a lot of conflicts will be solved if only WE FIND MORE SIMILARITIES AND SHARED INTERESTS rather than FOCUSSING ON OUR DIFFERENCES that more often than not, divides us all :)
Thanks for sharing via the Ctrl+C and Ctrl+P technique :D
owh.
politik?
takut nak post komen hangat.
nati kena ISA i tell you.
=D
Melayu=Islam..
tapi..
UMNO≠PAS..
Why the seggregation indeed..
alhamdulillah...
walau[own akhbar mungkin sedikit terbuka..
namun masih wujud prejudice terhadap pembangkang..
persahabatan antara pas dan umno merupakan satu perkara yg mengarut dan pergabungan antara kedua-dua pihak adalah sesuatu yg tidak rasional.
ini kerana pas membawa satu bentuk kerajaan islam tetapi kerajaan umno jauh menyimpang dari sasiah dan sosiologi yg dibawa oleh pas..
musnah umno!!!!!!!
abe
insyaALLAH, ad penyelesaian
syaza
sejarah la bez..
haha
safwan
yap!! dirty sgt2
mahirah
btol..
crk persamaan..
dgn parti yg mmg bukan mendokong islam pun, bley nk crk persamaan..
ini kan pula dgn parti yg mmg sumer org islam..tp xnk crk persamaan..
pelik kan..
tret
komen jer la...
tp kalo dh tau takut kene ISA..
xyah post komen yg cm 2..
bg jer skit komen
anak pak man aka nuaq
hurm..entah ler..
depend pada pemimpin parti
lonjong
persahabatan antare pas n umno mengarut?
pergabungan x rasional?
umno jauh menyimpang?
musnah umno?
hurm...
persahabatan antare dap dgn pas?
x mengarut? dap yg non muslim n mmg terang2 nk jadikan negare kite cm singapura..x jauh menyimpang dr pas? umno orang islam+melayu, dap non islam. sanggup memusnahkan org islam sendiri drpd org bukan islam...cm ner nie? nie ke yg di tuntut islam?
kite sekarang nie memerlukan kekuatan n perpaduan umat islam.
kalo dh sesame umat pun nk musnah memusnah..org kafir yg mmg nk jatuhkan islam gelak jer dari luar..
mmg kedua-dua belah pihak perlu berubah...
we don't wait for the world to change, WE CHANGE IT!
L SAVE THE WORLD!
alhamdulillah...
ramai dah rakyat malaysia yg dah buka minda pasal ni... hmmm, i also had wrote da same thing. x sangka somebody else akan write the same thing as i am...
bg pndpt sy, utusan lah yg sedikit banyak membantu memecahbelahkan pakatan rakyat yg ditubuhkan.bukan menyokong mana-mana gagasan tp sekadar idea..berita yg dikeluarkan dlm media prokerajaan banyak yg mengelirukan rakyat sebagai contoh isu pemilihan pucuk pimpinan pas baru2 ini...isu profesional n ulama..sebenarnya isu ini hanyalah mainan media yg cuba memutarbelitkan fakta..bg sy, profesional atau ulama tidak pernah timbul dlm Pas sebelum ini namun akibat keterbukaan akhbar, isu ini mula terpampar di dada akhbar...ulama pn dikire profesion bg saya. so, ulama pn profesional gk la...
Post a Comment