Jul 7, 2009

wAcAnA PeRpAdUaN


Salam semua...

Mari kita bercerita tentang aspek perpaduan.

Apabila Dato Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, beliau terus mengeluarkan slogan "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Bagi aku, slogan di atas begitu bermakna. Kita memang mudah untuk mengeluarkan kata-kata. Tetapi, adakah ia mampu untuk melaksanakan?

Bukan mahu mempertikaikan kemampuan tersebut, tetapi aku sangat2 menyokong segala perkara ke arah kebaikan yang membawa kepada kesejahteraan rakyat. Semenjak beliau mengangkat sumpah menjadi orang No 1 di Malaysia, terdapat perubahan ke arah untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan. InsyaALLAh, segala perkara yang baik, apabila dilakukan dengan ikhlas, adil, jujur dan saksama dapat dicapai akhirnya.

Setiap pemimpin di Malaysia tidak kira di pihak kerajaan atau pun pembangkang, semuanya ingin menjaga kebajikan rakyat. Berlumba-lumba untuk menarik perhatian rakyat atau pengundi. Sehinggakan sanggup bergaduh dan bertengkar. Agak kelakar melihat gelagat sesetengah dari mereka. Adakah ini semua dapat membawa kepada kesejahteraan rakyat? Siapa sebenarnya yang memperjuangkan kebajikan rakyat?

Apabila ada cadangan untuk mengagaskan Kerajaan Perpaduan, terdapat respon positif dan negatif dari pelbagai pihak.

Mari menimbulkan persoalan....

Bagaimana kita mahu melihat kesejahteraan rakyat jika tidak mahu bersatu? Bagaimana kita mahu membawa kedamaian dan kemakmuran negara jika segala janji-janji diabaikan? Bagaimana kita ingin membawa kepada perpaduan orang Islam jika sesame Islam sendiri pun menaburkan fitnah, kutuk-mengutuk, bercakaran? terdapat banyak lagi persoalan yang timbul....

Memang wujud perbezaan ideologi, memang wujud perbezaan hala tuju sesebuah parti tersebut, memang wujud perbezaan perlembagaan sesebuah pertubuhan tersebut, memang akan adanya perbezaan. Tetapi, bagaimana pula persamaan? Boleh bekerjasama dengan pihak yang bukan sama agama dan bangsa yang memang lebih jauh perbezaannya, tetapi tidak mahu bekerjasama dengan pihak yang jurang perbezaan nya lebih sedikit?

Aku ingin berkongsi satu kata-kata bermakna...

"BERKONGSI PERSAMAAN, MENGURUS PERBEZAAN"

Mari kita bersama-sama menuju ke arah perpaduan sesama kita. Bermula dahulu dengan perpaduan sesama kita, barulah kita tekankan perpaduan dengan kaum, bangsa dan agama yang berbeza. Tidak perlu untuk menuding jari menyalahkan pihak lain, tidak perlu untuk tuduh-menuduh terhadap sesuatu kesalahan tetapi kita perlu melihat dahulu kelemahan diri kita. Nilai diri kita.

p/s: Aku harap semua pembaca dapat berfikiran terbuka. Aku tahu akan kelemahan diri aku juga tetapi setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Kita negara yang demokrasi dan mempunyai hak untuk mendapat kesejahteraan diri. Jangan hanya pandai untuk mengata, mengutuk, melabel perkara yang buruk, tetapi tidak tahu menilai diri sendiri. Nilai diri dahulu. (sama-sama kita bermuhasabah diri)


No comments: