Aug 9, 2009

pAnTai KeRacHut~~~

salam semua rakan2....

akhirnya aku telah membuat keputusan... aku mengikuti rakan2 3KSBM ke PANTAI KERACHUT.

setelah berfikir panjang, dalam2, berbincang, bermonolog dan sebagai nya, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Taman Negara Pulau Pinang.

pada mula nya, aku tidak memberitahu keputusan aku itu kepada sesiapa pun rakan kelas aku. hanya yang tahu adalah pensyarah aku iaitu En Roslan. kami berkomplot dan berjaya juga misi aku itu. hahahaha...


terasa malas pula hendak bercerita panjang.... dengan keadaan yang sibuk sekarang ini, aku hanya memaparkan calitan dan sedikit gambar2 dan ayat2 berbunga-bunga untuk anda semua. maaf nya kerana tidak dapat membuat sebuah ceritera yang menarik pada kali. hayati dan nikmati sepuas-puas nya (wow) gambar2 menarik erk.


gambar ini aku ambil apabila sudah berada di Teluk Bahang. tempat terletaknya Taman Negara Pulau Pinang menuju ke arah teluk AWAK!! haha...

kami bertolak dari IPGM KPP pada pukul 11.30 pagi. ketika itu hujan turun agak lebat la. sebelum itu, rakan2 kelas aku menghantar pelbagai mesej memujuk supaya aku mengikuti program ke sana. sayang juga mereka kat aku rupanya. hehehe... En Roslan la yang memainkan peranan penting untuk menjayakan misi dan visi tersebut.


hari yang kami pergi itu hari jumaat. maka, kami solat di Teluk Bahang. dalam pukul 2.30 petang, kami ke tempat pengumpulan sebelum berjalan dalam hutan.

selepas selesai mendaftar, kami memulakan perjalanan ke Pantai Kerachut. tempat yang kami pergi ini di kenali sebagai Taman Negara Pulau Pinang.

berada di sempadan Taman Negara


kami menuju ke kiri..sila lihat penunjuk jalan supaya anda tidak sesat.


mendaki bukit...aku masih lagi ok...hehe


setelah hampir 2 jam pejalanan, akhir nya kami sampai di Pantai Kerachut.

kami memasang khemah di tapak. semua rakan2 bekerjasama untuk mendirikan khemah. bagus2. memupuk nilai kerjasama dalam kalangan kita. selepas itu, kami solat asar

bila dah siap semua nya... kami pun menuju ke pantai untuk menikmati pemandangn senja.
dengan keadaan ombak yang menganas, besar pulak tue, kami masih lagi berada berdekatan dan mengambil posisi masing2 untuk bergamabr. peluang ini tidak kami lepaskan...



kaum minoriti KSBM. Lelaki Melayu terakhir kot...hahaha...

hahahaa!!! aku menganas!! mengejar mereka2 yang bersalah dan akan di panggang malam ini!!
pada waktu malam, kami di beri taklimat oleh pegawai dari PERHILITAN iaitu en amin. pantai kerachut mendapat nama hasil gabungan KERA KECUT!!! tidak tahulah bagaimana boleh wujud nama sebegini.

keesokannya, kami sarapan dan bersiap sedia untuk ke tempat pembiakan penyu

dalam perjalanan ke tempat penyu2 pulau pinang...


hati2!! PENYU MELINTAS!!

penerangan tentang penyu di beri oleh abg khairi.

ini baby2 penyu yang baru menetas dan baru keluar dari dalam pasir.



selepas berkemas untuk pulang, dalam memulakan perjalanan pada pukul 11 pagi. walaupun pergi hanya 1 malam, banyak ilmu yang aku dapat.

perjalanan pulang ke tempt menunggu bas


akhirnya, pukul 1 tengahari, kami sampai. terus menyerbu kedai makan. mmg penat la. dengan sakit2 badan nye. huhuhu.. aku pun membantai tembikai yang aku tengok memanggil-manggil aku supaya aku membeli dan merasai tembikai tue. huhuh...
apa yang aku dapat di sana? hanya kepenatan semata-mata? hanya keseronokan semata-mata? hanya kesakian semata-mata?
aku dapat menghilangkan kekusutan fikiran aku dengan menghayati keindahan alam semulajadi. menimbulkan kesedaran tentang kepupusan haiwan lain akibat daripada kerakusan kita sendiri.
aku akan cuba upload keindahan hutan di sana dan fauna yang dapat ditemui. jadi, pelihara dan pulihara alam yang ALLAH beri kepada kita. kita hanya meminjam alam ini untuk generasi akan datang. jika kita tidak menjaga alam ini, siapa lagi yg nk jga? sama2 kita renungi perkara ini.
p/s: aku terfikir untuk menubuhkan kelab kembara di IPGM KPP. sesiapa yang hendak menyertainya, sama2 lah kita menubuhkan kelab dan matlamat akhir sebelum aku mendapat ijazah sarjana muda, aku mahu membawa kelab ini mendaki gunung kinabalu...

9 comments:

Adib said...

h seronoknya dapat p pantai slaen yg ade kat manjung huhu

pencari sejati said...

ko jer yg xnk pegi....

dh ajk kan...

huhuhu..

bez oooo...

rugi sape x pegi

Anonymous said...

haha. comel jek name PULAU KERA+KECUT=KERACHUT~

wawawawawa.

pencari sejati said...

mmg comey kan name nyer..
comey cm DORAEMONTEL @ NANA @ BUDAK KECIK CUBBY!! hehehe

WiDa said...

bes ka pi sana..trign nya nk pi sana...huhuhu..cian kt hmpa noe sal kaum hh yg sgt 'byk'..jgn risau la yerk..kaum lelaki kami pown bley thn gak...8 org laki, 54 pmpuan...hahaha..

pencari sejati said...

wida..
kompem ker 8 lelaki?
hehehe..guro jew...

pape pun, sane mmg bez...
suke2

phytohystrix said...

wuish,sgt best nmpknye kembara encik! mskipun teman pronah ke tlk bahang tp idak le teman pg ke tmn ngr nu. idak le tau. apepun,encik terkena tag. sile le berkunjung ke blog sy yg tlh dituko url nye itu apabila lapang,ye! :)

pencari sejati said...

yay
mmg bes..

tag? hurm...
i try jawab..haha

phytohystrix said...

try le,xde sshnye. soalan aneka plhn. bknnye soalan subjektif. sy psti encik dpt mnyetelknnye dlm 2 saat. (tidak msk akal sggh knyataan ini.)