Oct 18, 2011

hilang


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.


Aku merasakan yang aku semakin hilang arah. Pelbagai perkara yang semakin teruk berlaku kepada aku. sangat2 hilang arah.

"aku terlalu memikirkan masalah orang lain tapi masalah aku sendiri tak selesai. aku terlalu memikirkan orang lain bermasalah tapi aku lagi bermasalah dan teruk daripada orang lain"

semua perkara yang berlaku adalah mesti berbalik semula kepada kelakukan, sikap, perbuatan dan segala-galanya terhadap Pencipta kita. aku cuba refleksi, tapi masih lagi hilang. aku cuba muhasabah diri tapi masih lagi hilang. aku tak tahu nak buat apa lagi dah. aku hilang.

aku mahu jadi seperti orang lain. tapi apakan daya. adakah esok masih ada lagi untuk aku? namun aku tetap hilang arah..


Jun 3, 2011

Sedikit coretan

Assalammualaikum...

Sedikit coretan daripada teman di hati sepanjang hayat hingga ke syurga, insyaALLAH.




'Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung rebah menyembah bumi, sesekali melangkah dengan gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada dilandasan yang betul, usah digusar pada anugerah ALLAH. Anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan'.


Terima kasih untuk peringatan ini.


Feb 1, 2011

Nikmat

Assalammualaikum....

Alhamdulilah! Syukur dengan segala peluang dan ruang serta nikmat ALLAH yang melimpah ruah diberikan kepada aku. Segala yang aku lakukan sekarang adalah keranaNya. DaripadaNya aku datang, kepadaNya jua aku kembali. Jangan sekali-kali menafikan perkara fakta ini.

Namun, adakah segala yang diberikan kepada aku ini selalu aku gunakannya dengan baik? dengan betul? Pabila aku senang dengan nikmatNya, aku lupa dan alpa. Layakkah aku mendapatkan nikmatNya?


Pabila salah satu nikmat tersebut ditarik daripada aku, aku mengerti peringatan yang diberikan. Hidup kita ini, walaubagaimana pun pasti akan berputar kembali kepadaNya. Baru ALLAH tarik sedikit nikmat yang diberi kepada aku dan mahu menguji aku. Betapa dugaan ujian yang diberikan itu sepatutnya lebih membuatkan aku dekatkan diri kepadaNya.


firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 18 tafsirnya:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi".

Aku selalu berdoa meminta itu ini daripadaNya. Tapi penahkah aku fikir, jika aku mahu sesuatu, perlulah aku terlebih dahulu mengikut arahanNya. Siapalah aku untuk memperkatakan perkara seperti ini. Hanya insan hina dan sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Namun sebagai seorang hambaNya, aku berusaha untuk mengejar keredhaanNya. Peringatan untuk diri aku sendiri.



Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. (Surah An-Naml:40)



manusia hanya berusaha untuk mendapatkan keredhaanNya. dan yang paling penting, segala amalan dan perbuatan kita itu dinilai oleh ALLAH. bukan manusia. Disebabkan itulah Islam itu cukup indah. Selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik. dan segala yang berlaku disekeliling kita ini adalah kehendakNya dan kita perlu berusaha untuk sentiasa mengejar keredhaanNya.



mohon maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan. harap perbetulkan insan yg mencari-cari ini.

As Salam.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nahl ayat 78 tafsirnya :

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur".



Jan 17, 2011

Kesempatan

Assalammualaikum....

Alhamdulilah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dapat mencoret sesuatu di sini.

Apakah kesedaran yang ada dalam diri kita ini? Sentiasakah kita sedar bahawa kita ini hidup hanya sementara? Kita sentiasa lupa dan alpa kepada Pencipta kita sedangkan Yang Maha Kuasa tidak pernah pun melupakan dan mengabaikan kita. Namun kita sendiri yang membiarkan masa kita berlalu sia-sia.

Pertama, kita perlu ingat kita ini hamba ALLAH yang wajib kita sembah dan turuti. Kedua, kita ini umat manusia yang perlu untuk kita ikuti ajaran Baginda Rasul Muhammad s.a.w. Ketiga, kita wajib untuk berbakti dan jangan sesekali derhaka kepada ibu dan ayah kita. Dan seterusnya......

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)





Tapi aku ingin meletakkan fokus aku pada Cinta kepada kedua ibu ayah. Cinta utama kita kepada ALLAH selepas itu Rasul Muhammad dan ketiga ibu serta ayah kita. Aku berfikir. Adakah aku diberi peluang untuk berbakti kepada mereka? Sempatkah aku? Dengan sikap aku yang selalu melawan mereka, adakah ALLAH akan mengampuni diri aku ini?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Aku sentiasa kasar kepada kedua ibu ayah ku. Dengan tutur kata aku yang tinggi, aku merasakan membuatkan mereka kecewa kepada ku. Sepanjang aku masih hidup ini, aku masih lagi tidak membanggakan ibu dan ayah ku. Mereka telah banyak berkorban untuk aku, tapi apa yang aku lakukan kepada mereka?

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Aku ini manusia yang sentiasa lalai dan tidak mengikut jalan yang sepatutnya. Ajal maut di tangan Yang Maha Kuasa. Kita tidak tahu bila kita akan di panggilNya. Aku memohon kepada Mu berikan lah apa yang terbaik buat ku.

Doa untuk kedua ibu ayah "Ya ALLAH! Ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil."


Amin Ya Rabbal Alamin...


mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekhilafan. harap perbetulkan. Moga ALLAH mudahkan segala urusan kalian.

Dec 8, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Assalammualaikum.

Alhamdulilah. Aku masih lagi diberi salah satu nikmat paling besar dalam hidup aku iaitu Islam dan Iman serta jantung yang berdegup dalam badan saya ini.

Masa sentiasa bergerak. 1432 hijrah menyingkap buku baru dalam amalan kita di dunia atau muka bumi ALLAH ini. Persoalannya, apa hijrah yang aku sudah lakukan?


Setiap manusia, dalam diri mereka pasti akan ada impian atau pun keinginan untuk melakukan perubahan walau sekecil mana pun perkara tersebut. Pastikan, perubahan yang kita lakukan itu adalah betul, positif dan baik terutamanya kita sebagai umat Islam yang menuju ke arah mendapatkan keredhaanNya.




Seperti tahun-tahun sebelum ini, aku cuba untuk melakukan perubahan. Sepatutnya, semakin hari, semakin bertambah baik. Tetapi aku merasakan diri aku ini semakin teruk dan tidak baik. Hipokritkah aku? Berat sungguh segala-galanya bagi aku. Namun sebenarnya, aku sendiri yang menyukarkan dan memberatkan segala-galanya. Sedangkan ianya cukup mudah dan senang selagi kita mengikut segala perintahNya.

Janji ALLAH itu pasti, tapi manusia juga yang menafikannya. Manusia juga yang memandang remeh. Manusia juga yang tidak tahu bersyukur. Manusia juga yang mahu dari sepatutnya.

Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua. Aku masih lagi tergolong manusia yang tidak tahu bersyukur dan aku masih lagi jauh dariNya.

Ya ALLAH.


Nov 30, 2010

Berkorban itu Indah...

Assalammualaikum...

Ada satu kisah yang ingin aku kongsi dengan anda semua. Sama2 ambil pengajaran. Begini kisahnya....
Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.


Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.




Moral:Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.


Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.


Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.


Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.


Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.


Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.

copy and paste dr: http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25380-berkorban-itu-indah/
p/s: pikir2 kan lah....peringatan untuk semua

Nov 27, 2010

Selamat Hari Lahir.....

Assalammualaikum dan Selam Aleykum (bukan same jer ker? hoho)



Saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua...hohoho... ;p Tak la. Saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Cik Nurul Fatin bte Yeop Ahmad. Budak kecik ni dah umur 19 tahun. Tahniah2. Semoga hidup sentiasa diberkati ALLAH.




Seorang perempuan yang pandai serta bijak. Rupa paras bak kata orang seperti Tiz Zakiah(budak kecik nie lagi cantik menarik tertarik da BOOM!!). Suka bercakap(banyak cakap oooooo). Aktif serta ganazz...hehe.. Namun, beliau seorang yang sangat baik hati(seriusly) serta sentiasa mengambil berat tentang orang lain. Suka membantu dan memberi nasihat. Pemberi semangat yang baik. Dalam hati ada taman. ;p

p/s:InsyaALLAH. Sentiasa doakan perkara tersebut. Amin



Nov 19, 2010

B.E.R.B.E.D.A.

Selam Aleykum.......

Alhamdulilah. Sudah seminggu 2 hari aku berada di rumah sempena cuti semester kali ini. Namun, aku terfikir. Apa yang aku sudah buat dan lakukan untuk kebaikan diri serta orang sekeliling aku? Mungkin tiada apa-apa. Sebelum cuti, aku ada beberapa perkara yang aku mahu lakukan untuk cuti ini. Tetapi, aku masih tidak mampu untuk lakukannya. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk lakukan dan menghadapinya.



Dalam hidup ini, setiap insan serta manusia mempunyai kelebihan serta kekurangan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Walau kurang seseorang itu, pasti ada kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Jangan sesekali pandang rendah pada diri sendiri. Di mana kelebihan aku? Di mana kekuatan aku? Aku sendiri yang sentiasa memberi semangat kepada orang lain tentang perkara tersebut. Namun aku sendiri yang mengabaikannya. Aku sendiri yang tidak mampu.


Aku tidak tahu diri aku ini bagaimana orangnya? Hipokritkah aku? Jauhkan lah aku dari perkara2 yang tidak membawa manfaat kepada aku untuk mendapatkan keredhaan Mu. Apabila aku melihat orang disekeliling aku, masyarakat yang ada di sekeliling aku, aku sebak. Terserempak dengan manusia atau insan yang tidak seperti aku yang masih lagi cukup sifatnya. Lihat bagaimana mereka berusaha mencari keredhaan Ilahi walau dengan keadaan sebegitu. Namun, aku yang masih lagi sempurna, apa yang aku lakukan? Sentiasa lalai.....

p/s: perbezaan itu wujud. persamaan juga wujud. Pandai2 lah mencari persamaan dan mengurus perbezaan.



Nov 17, 2010

Pergi Tak Kembali

Selam Aleykum semua

Lama juga aku tidak menghiasi blog PC ni. Alhamdulilah, berakhir juga semester 2 untuk tahun 1 PISMP 2010 aku di IPG KPP. Bertambah pengalaman serta pengajaran yang mewarnai hidup aku. Pelbagai peristiwa yang berlaku. Walau sekecil mana pun ia, aku ambil kira sebagai sesuatu yang sangat penting.


Sepanjang semester 2, aku semakin sedar, tanggungjawab aku sebagai seorang manusia dalam memainkan peranan sebagai seorang anak, seorang adik, seorang abang, seorang sedare, seorang sahabat, seorang rakan, seorang kawan, seorang kekasih, seorang bakal guru, seorang pelajar, seorang rakyat, dan pelbagai lagi peranan kite ini sebagai seorang manusia. Namun, yang paling penting bagi kite sebagai manusia yang dicipta dan diturunkan ke muka bumi ini adalah sebagai seorang hamba kepada ALLAH




Siapalah aku mahu berbicara perihal agama. Dengan ilmu yang kurang di dada, memang tidak layak untuk memperkatakannya. Aku masih lagi sedar diri aku ini yang penuh dengan dosa. Aku cuba untuk berubah. Perubahan tidak berlaku dengan drastik. Aku harap aku tidak jadi seorang yang munafik dan hipokrit.

p/s: tajuk post nie merujuk kepada masa yang pergi dan tak akan kembali.

Salam Aidiladha


Jadikan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai pengajaran kepada kita semua. Jagalah diri kita dengan baik. Segala perkara yang berlaku adalah dari ALLAH. Kita juga akan kembali kepadaNya juga. Mari bersama-sama menuju dan mendapatkan keredhaanNya.

salam Aidiladha. Mohon ampun maaf zahir dan batin. Erti sebuah pengorbanan. Erti hidup pada memberi.

p/s: masih lagi mencari erti hidup. Masih lagi seorang pencari sejati.

Nov 6, 2010

Persahabatan

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi
persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan
bertumbuh bersama karenanya…

Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi
membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkanbesi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi justru ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya,
karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Beberapa hal seringkali menjadi penghancur
persahabatan antara lain :
1. Masalah bisnis UUD (Ujung-Ujungnya Duit)
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Perubahan perasaan antar lawan jenis
5. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan
oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.

Renungkan :
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita
.”


copy n paste dr http://chute.blogsome.com/2005/04/05/persahabatan-sahabat-sejati/

Aug 31, 2010

Muhasabah Cinta-edcoustic


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku

Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku


*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Jun 13, 2010

Hidup~

Selam Aleykum buat anda semua.

Terlalu lama aku membiarkan blog ini bersawang. Bukan tiada isu/bahan untuk dikongsi bersama. Namun, terasa terlalu malas untuk menaip, untuk mencurahkan idea, untuk membina ayat, tiada masa dan sebagainya la.

Sepanjang semester pertama tahun pertama aku di IPG KPP, pelbagai peristiwa berlaku. Samada yang baik, tidak baik, negatif, positif, gembira, sedih, kecewa, manis, masam, pahit dan segala-galanya la.

Aku akan jadikan semester pertama aku ini sebagai pengajaran kepada aku. Memang berlainan dengan keadaan semasa aku membuat persediaan dahulu.

Pelbagai aspek perlu untuk kita ambil kira. Dari segi pembelajaran, hubungan dengan sesiapa sahaja, komunikasi, persahabatan, percintaan untuk pelbagai maksud, aktiviti luar dan sebagainya la.

Kekadang itu, manusia tidak cermat terhadap sesuatu perkara. Kerana bagi mereka perkara tersebut hanya benda kecil dan halus. Namun, untuk diingatkan, sekecil atau sehalus manapun sesuatu perkara tersbut, jangan ambil ringan. Ia boleh menjadi sesuatu yang penting pada satu hari atau bila-bila masa.

Inilah hidup kita. setiap saat, pasti ada perkara yang perlu untuk kita renungkan. siapalah kita untuk menilai diri orang lain jika kita sendiri tidak menilai diri kita dahulu.

Salam semua.


Apr 14, 2010

Bila masa untuk aku berehat?

Assalammualaikum dan Salam Senyum~

Aku memerlukan masa untuk aku berehat seketika dari segala kerja yang membelenggu aku. Tapi sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia dan pelajar. Tidak boleh lari dari segala tugasan.


Aku hanya berharap dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam segala kerja dan tugasan aku. Sokongan dan dorongan banyak aku terima dan terima kasih diucapkan. Sayang kepada semua yang berada bersama aku. Minta maaf jika menyusahkan sesiapa dan terasa dengan emosi aku yang kadang-kadang tidak menentu.

Namun, aku perlu untuk berubah dan menyedari beberapa hakikat dan perkara yang berlaku di sekeliling aku pada waktu ini. PERUBAHAN bermula dari dalam diri kita.

Sekian...~

Apr 9, 2010

Coret~

Assalammualaikum... Salam Senyum.


Dh lame aku x mencoret-coret dalam blog kesayangan aku nie. 1st, aku nk wish gud luck kat adik kesayangan aku, Nazirul Syahmi untuk interbiu UPNM esok, bersamaan hari sabtu, 10/4, 25 rabiulakhir. Banyak kan berdoa dan berusaha. insyaALLAH. terime segala keputusan dengan hati terbuke.


gud luck gk kat budak2 1992 yg akn ad interbiu untk melanjutkan pelajaran. semoga berjaya.


Dalam beberapa minggu nie, byk perkara yang baik dan buruk berlaku. semuanya datang sebagai ujian, dugaan, cabaran kepada kite. tidak kire perkare itu baik atau tidak, semuanyer menguji kite. Aku hanya mengharapkan iman ku, hati ku, emosi ku dan segala berkaitan diri ku ini dapat menempuh segalanya.


Aku bukan manusia yang sempurna namun, untuk menjadi seorang manusia yang biase pun begitu sukar. Alhamdulilah. Setakat ini, sokongan dan dorongan banyak diberikan oleh orang2 disekeliling aku. Terima kasih diucapkan. Terutama ibu bapa ku, adik beradik ku, sahabat ku, kawan2 ku dan semua org yg begitu optimis dan positif dalam setiap perkara.


Sokongan dan dorongan begitu penting. Namun, setiap perubahan dalam diri kite, siapa sebenarnye yg mampu mengubahnyer? siapa? itu persoalan yg utama yg wajib dan wajar kite jawap. KITA lah jawapannyer. Dalam umur kite yg sudah meningkat dewasa, ataupun mengikut hukum agama dan teorinyer, kite sudah berada pada tahap boleh berfikiran waras dan mengetahui perkara yg baik dan buruk. Pastikan setiap keputusan yg kite ambil, kite sudah tahu sebab dan akibat pada masa hadapan.


ya, kadang2 tue, keputusan yg kite ambil tidak betul dan tidak memberi perkara yg baik kepada kite. Namun, jika kite terus membuang mase memikirkan perkare yg sudah lalu, dan tidak mengambil ikhtibar dan pengajaran, bile lg kite mahu maju dan berubah? Sentiase berfikiran positif. bukan maksudnyer di sini kite terus maju ke hadapn tanpa memandang ke belakang. Sejarah atau perkare yg sudah berlaku penting untuk menjadi pengajaran kepada kite. Dari situ, kite akan dapat maju ke hadapan dan insyaALLAH, tidak mengulangi perkara yg salah berulang kali.


InsyaALLAH.


Salam dan maaf kepada semua pembaca atau yg tidak membace blog aku nie. Jika suatu hari nanti, aku tidak berkesempatan untuk mengucapkan maaf kepada semua umat manusia di muka bumi, aku mohon dan pohon seribu kemaafan dari hujug rambut hingga hujung kaki. teguran amat2 aku perlukan. untuk kesejahteraan kite bersame. aku bukan manusia yg tidak punyai hati perut. aku bukan manusia yg hanya membuat sesuatu perkare tanpa berfikir baik atua buruk akibatnye. namun, aku manusia yg sentiase melakukan kesalahan dan kesilapan serta kekhilafan dan memerlukan petunjuk dari ALLAH.




Mar 30, 2010

DUGAAN

Assalammualaikum


Dugaan

Kita tidak mampu,

mengarahkan angin,

tetapi

kita boleh

mengemudi layarnya.



Mar 26, 2010

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Hari Terakhir

Assalammualaikum dan Salam Senyum.

Alhamdulilah. Berakhir sudah PBS ku di SK Seri Sitiawan Manjung Raya. Aku tidak sempat membuat coretan2 akibat kekangan masa yang aku hadapi. Huhu. Pape pun, memang seronok dan bez. Banyak perkara yang aku belajar. Semua tue adalah pengalaman yang berharga.







Jadi, aku akan pulang ke Pulau Pinang untuk menyambung pembelajaran aku untuk menjadi seorang guru. Banyak perkara yang menunggu aku di sana. Huhu. Semoga berjaya kepada semua. May ALLAH bless u oll.

Terima kasih kepada semua warga SKSS yang banyak memberi kerjasama sepanjang aku berada di sana. Begitu juga kepada rakan2 yang bersama aku di sana, Firdaus, Syuhada dan Lailatul dari IPG Sultan Mizan. Gd luck sumer.

Assalammualaikum....


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Hari-4