Jul 11, 2009

kSbM

salam sumer...

aku tidak lagi pun bercerita perihal ahli kelas aku yang terchenta. (tercheta ker?) hahaha.

dalam kelas aku ada 19 guru pelatih yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 5 lelaki (kaum minoriti, asyik kene tindas jer dgn kaum majoriti) dan 14 wanita (kaum majoriti yg suke menindas) hehehe. mama kami adalah PN NOOR AZLI.

walaupun baru 3 semestar aku tinggal sebumbung (i mean dlm kelas la) dengan mereka2 ini, aku sudah melalui pengalaman manis, pahit, sedih, gumbire dan macam2 lg la. pengalaman ini mengajar aku erti kehidupan dalam pergaulan dengan orang yang berbeda-beda. bukan maksud aku mengatakan baru sekarang aku sedar akan erti hidup tetapi bertambah pengalaman aku dari segi pergaulan. Aku sentiasa ingin menambah rakan2 ke dalam hidup aku. ada positif dan negatif nya. tetapi aku suka perkara yang membawa kebaikan. kebanyakkan nya adalah kebaikan yang akan kita dapat walaupun kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.

jadi, aku di sini ingin meminta maap kepada rakan2 kelas KSBM jika aku ada melakukan kesalahan. segala yang berlaku adalah menjadi pengajaran kepada kita untuk kebaikan masa hadapan. sentiasa berfikir positif. ambil perkara2 yang terjadi dalam kalangan kita sebagai pengajaran. jangan disebabkan beberapa perkara kecil atau perbezaan kecil, kita tidak dapat bekerjasama. pasti akan ada persamaan antara kita.

bina semula kekuatan ukhuwah antara kita. insyaALLAH, KSBM become da bez among da bez. "MENGURUS PERBEZAAN, BERKONGSI PERSAMAAN"

boys kelas aku....(kAMi kaum minoriti dalam kelas...)


wacana perpaduan di sunway hotel. kami berjaya membawa pulang trofi kemenangan kumpulan pembentangan terbaik. tahniah diucapkan kepada hafezul amin, amerul, zakwan, fatimah, pipah, ainun dan gokilavani atas kejayaan korag. inilah kebaikan yang akan kita dapat jika kita bersama-sama dan bekerjasama. kepada rakan2 lain, rifaa, ina, fana, qiah, ela, nani, kira, yat, piqa, naz dan ida. kita berjaya untuk berlari2 dalam tesco. kejayaan yang setiap ahli kelas kita bawa, mengahrumkan nama KSBM juga.










kesimpulannya, mari kita bersama-sama menyiapkan projek2 yang akan kita uruskan. salah satu projek sudah berjaya dijalankan dengan jayanya. alhamdulilah. ada lagi beberapa projek yang perlu kita uruskan sebelum habis sem3 ini. selesaikan segala permasalahan dengan perbincangan. sentiasa berfikiran positif. kita ada masa yang panjang lagi untuk bersama. 5 tahun lagi. jadi mari kita jalinkan hubungan yang baik, sentiasa berkompromi, kongsi segala masalah dan selesaikan dengan betul. sama2 menjaga hati dan perasaan rakan2 kita.


p/s: aku suka melihat korg semua sentiasa ceria, senyum, bergurau senda dan bergelak tawa bersama-sama. kekalkan sampai bila-bila.


2 comments:

jai.jezz ^.~ said...

wahahaha..!! gelak guling-guling.. yer kew kaum kitaorg ni tindas korang.. siler jawab.. *wing*

pencari sejati said...

hurm...
kat dlm kelas jer menindas kami kaum minoriti

huhuhu