Mar 16, 2010

Cekodok

Assalammualaikum dan Salam Senyum.


Mari kita belajar cara-cara membuat Cekodok Pisang.

Bahan2 yang perlu ada:- 1) Pisang masak
2) Tepung
3) Gula
4) Garam
5) Minyak masak

Langkah pertama....pastikan anda memilih pisang yang sudah masak dan selamat untuk dimakan. Buang kulit pisang dulu, baru masuk kan pisang yang sudah ditanggalkan kulit nye ke dalam bekas mandi. Haha.

Selepas itu, anda dikehendaki melenyek-lenyek kesemua pisang sehingga penyek. Lakukan tanpa unsur2 keganasan.

Masukkan tepung secukup rasa. Gaulkan sehingga berbati-bati.

Masukkan jugak garam....(jangan terlebih plak, nnt jadi cekodok masin plak)


Masukkan jugak gula. (gula pun jgn lebih2. nnt kene kencing manis)


Gaulkan semuanyer sehingga sebati. Gaulkan sambil tersenyum. Haha

"Bile la nak siap cekodok nyer..berjanggut dh menunggunyer"


Masukkan bahan ke dalam bekas lain untuk digoreng.

Panaskan minyak dulu. Rase dulu minyak dah panas ke belum. Cam ne nk rase? Masukkan tangan anda ke dalam minyak tue. Kalo anda menjerit kesakitan, mean panas la. Kalo x jerit kesakitan, wat muke tenang jer, mean x panas lagi la. Haha.

Masukkan dengan berhati-hati .Pastikan bahan mentah digoreng dengan baik. Sentiase jage minyak dan api supaya tidak makan cekodok hangus. haha.

Gaul2 kan elok2. Cantikkan rupenyer. Aku tau perut korang dh berbunyi. haha

Sudah siap!! Anda dinasihatkan buat bentuk yang bulat2. Tapi, kalo rase nak buat bentuk ikut suke hati anda pun dibenarkan.


Setakat ini sahaja. Bersambung kemudian. Terima kasih.


*Alhamdulilah. Dapat gak aku makan cekodok. :)))))) :DDDD
**Suke suke la jawap nyer....


4 comments:

ChocohoLic said...

pandainye gorilla masak cekodok!!!
nnt masak rendang kambing pulak erk!
>< peace no war =D

pencari sejati said...

Rimau
eleh. Cik RImau jeles la tue. x dpt makan daging LEMBU. Mule la merepek..
hhahahaha

biha said...

haha......tahniah2! bangga2!!

pencari sejati said...

kak biha
tq2. hehe