alhamdulilah....setelah sekian lama mencuba untuk meng-upload gambar, akhir nya aku berjaya untuk upload gambar sewaktu aku berada di UTHM.
terima kasih di ucapkan kepada abang BAGAN aka WAN SUHAIRI aka budak TESL yang menumpang kan tempat untuk aku online. hahaha...
selama 2 minggu aku bersedia untuk menghadapi pertandingan tersebut. dalam masa 2 minggu ini lah aku, izzat, afiq, noni dan afida berlatih bersama-sama untuk membuat persediaan. kalau ikutkan aku hendak update blog aku ini semase aku di UTHM. tapi, apabila hendak update sahaja, tidak boleh. access tidak dibenarkan. sabar sahaja la.
pada 17 jun, pendebat2 IPGM Kampus Penang, bertolak dari kolej kediaman pada jam 7 pagi. kami sampai di UTHM pada pukul 5 petang. setakat yang kami tahu, kami dan pasukan dari UUM yang sudah sampai. pada malam tersebut, barulah banyak pasukan yang sampai.
keesokannya, barulah pendaftaran pasukan dijalankan. sekali dengan ceramah dan 'opening dinner' untuk petandingan tersebut.
pada 19 jun bersamaan hari jumaat, bermula la saingan untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya. 4 perlawanan diadakan pada hari pertama. pasukan kami hanya memenangi 1 perlawanan dan afiq menjadi pendebat terbaik semasa memenangi perlawanan menentang IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. 3 perlawanan kalah akibat menjadi pembangkang dan kelemahan aku yang menjadi penyebab. huhuhu... sangat2 sedih waktu itu. memang aku hampir berputus asa pada perlawanan ke-3 akibat kalah walaupun peluang hendak menang memang dirasai.
dari kiri: noni, izzat, pn nani, aku dan afiq
pada hari kedua, dengan semangat baru, dan keyakinan yang tinggi, kami berjaya mengalahkan pasukan dari IPGM kampus Tunku Bainun. alhamdulilah, aku berjaya dinobatkan pendebat terbaik bagi perlawanan tersebut. perlawanan terakhir untuk pusingan pertama, iaitu perlawanan ke-6 atau 'silence round', kami kalah tipis (kalah tetap kalah) dengan pasukan IPGM Perlis. bertambah kesedihan. aku cuba bermuhasabah diri semula.
kami pergi adalah untuk menimba pengalaman. alhamdulilah, sudah banyak pengalaman yang kami dapat
kami singgah di seremban iaitu di rumah abang puan nani. menginap di sana sebelum memulakan perjalanan keesokan harinya.
alhamdulilah...akhir nya kami selamat sampai di IPGM KPP pada pkul 3 petang. terima kash diucapkan kepada pakcik kamal selaku pemandu berhemah, dan isteri beliau. terima kasih juga kepada pn nani yang mengiringi kami. (pn nani akan membantu kami untuk memajukan bidang pengucapan awam di sini..trimas2)
banyak perkara yang aku belajar di sana. penambahan ilmu dalm bidang ini. dapat juga menambah kenalan baru. selamat berkenalan kepada semua rakan2 baru....
p/s: walaupun hari lahir aku sudah berlalu 2 minggu yang lalu, tetapi masih ada lagi insan yang menyambut nya. terima kasih diucapkan kepada cik timah atas pemberian kek yang sangat2 sedap ini. trimas2 banyak2.
p/s: trimas kat abg puan nani yg menumpangkan kami di rumah beliau.