Jun 27, 2009

sTorY aT UTHM

salam semua rakan2 blogger....
alhamdulilah....setelah sekian lama mencuba untuk meng-upload gambar, akhir nya aku berjaya untuk upload gambar sewaktu aku berada di UTHM.

terima kasih di ucapkan kepada abang BAGAN aka WAN SUHAIRI aka budak TESL yang menumpang kan tempat untuk aku online. hahaha...

selama 2 minggu aku bersedia untuk menghadapi pertandingan tersebut. dalam masa 2 minggu ini lah aku, izzat, afiq, noni dan afida berlatih bersama-sama untuk membuat persediaan. kalau ikutkan aku hendak update blog aku ini semase aku di UTHM. tapi, apabila hendak update sahaja, tidak boleh. access tidak dibenarkan. sabar sahaja la.

pada 17 jun, pendebat2 IPGM Kampus Penang, bertolak dari kolej kediaman pada jam 7 pagi. kami sampai di UTHM pada pukul 5 petang. setakat yang kami tahu, kami dan pasukan dari UUM yang sudah sampai. pada malam tersebut, barulah banyak pasukan yang sampai.

keesokannya, barulah pendaftaran pasukan dijalankan. sekali dengan ceramah dan 'opening dinner' untuk petandingan tersebut.

pada 19 jun bersamaan hari jumaat, bermula la saingan untuk merebut tempat ke pusingan seterusnya. 4 perlawanan diadakan pada hari pertama. pasukan kami hanya memenangi 1 perlawanan dan afiq menjadi pendebat terbaik semasa memenangi perlawanan menentang IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. 3 perlawanan kalah akibat menjadi pembangkang dan kelemahan aku yang menjadi penyebab. huhuhu... sangat2 sedih waktu itu. memang aku hampir berputus asa pada perlawanan ke-3 akibat kalah walaupun peluang hendak menang memang dirasai.

pasukan pendebat IPGM KPP
dari kiri: noni, izzat, pn nani, aku dan afiq


pada hari kedua, dengan semangat baru, dan keyakinan yang tinggi, kami berjaya mengalahkan pasukan dari IPGM kampus Tunku Bainun. alhamdulilah, aku berjaya dinobatkan pendebat terbaik bagi perlawanan tersebut. perlawanan terakhir untuk pusingan pertama, iaitu perlawanan ke-6 atau 'silence round', kami kalah tipis (kalah tetap kalah) dengan pasukan IPGM Perlis. bertambah kesedihan. aku cuba bermuhasabah diri semula.

bergambar bersama pasukan dari IPGM kampus Perlis

pada malam selepas separuh akhir dijalankan, kami pergi keluar ke bandar batu pahat. tujuan utama adalah merasai durian johor. inilah hasilnya. kami serbu gerai buah-buahan terutama yang ada berlonggok-longgok durian. murah2 dan sedap kesemuanya.
tokey ini cuba menyakinkan kami untuk membeli buah durian beliau

selain buah durian, ada juga buah2 lain.manggis, pisang, rambutan

mari2 kite kopek..cantik kan warna isinya.sedap...

inilah hasilnya. banyak betul kami makan malam tue

cuba untuk mengembirakan diri

mari2! makan2...!

pada hari terakhir, pasukan UPM menentang pasukan UKM. UPM berjaya merangkul kejuaraan dan abg Syamsul dinobatkan sebagai pendebat terbaik pelawanan akhir.

kami pergi adalah untuk menimba pengalaman. alhamdulilah, sudah banyak pengalaman yang kami dapat


selamat tinggal UTHM. banyak kenangan di sini
sebelum kami meninggalkan Batu Pahat, kami singgah di syurga kerepek. hahaha.... banyak juga memborong kerepek2 pelbagai jenis kerepek ada.

kami singgah di seremban iaitu di rumah abang puan nani. menginap di sana sebelum memulakan perjalanan keesokan harinya.

ini sandwich special... sedap
ini pula tomato yang diletak cheese diatasnya.... pertama kali merasainya
keunikan yang berjaya dihasilkan

alhamdulilah...akhir nya kami selamat sampai di IPGM KPP pada pkul 3 petang. terima kash diucapkan kepada pakcik kamal selaku pemandu berhemah, dan isteri beliau. terima kasih juga kepada pn nani yang mengiringi kami. (pn nani akan membantu kami untuk memajukan bidang pengucapan awam di sini..trimas2)

banyak perkara yang aku belajar di sana. penambahan ilmu dalm bidang ini. dapat juga menambah kenalan baru. selamat berkenalan kepada semua rakan2 baru....


p/s: walaupun hari lahir aku sudah berlalu 2 minggu yang lalu, tetapi masih ada lagi insan yang menyambut nya. terima kasih diucapkan kepada cik timah atas pemberian kek yang sangat2 sedap ini. trimas2 banyak2.

p/s: trimas kat abg puan nani yg menumpangkan kami di rumah beliau.

10 comments:

Adib said...

gambar sajek semate2 ???

ko dpt nombo bape...

chris@dotagaki said...

Beshnye makan.... especially durians!

LaBubiZkiTeR.Inc said...

jauh ko mai online kt amra nih..
btw, well done for da hard work
u worth for it!..=P

athirah mohamed~ said...

congrats aneway.

menang tak penting sangat pun (tapi actually memang sangat peting =D),
yang penting is experience.

well done dude.


*terase nak tengok hang debat macam mana.
=D

pencari sejati said...

abe
aku terpost..
dh ad ayat2 dh kan...
aku dh bgtw...
p/s: hancur hati ku dgn dikau

chris..
ya2..sedap durian..
hantu durian!!

labu
hahaha
tq bg aku pinjam tempt nk on9..
nnt aku dtg lg..
tq

tretchan
x yah tgk la aku nie..
wat ko gelak jer..
bukan hebat pun...
huhuhuhu

NuRuzZ_cONNettO said...

yuhuuuuuuu.
die masok debat balik..
haha
nak masok gak r..

pencari sejati said...

nuruz..(bambo)
hehe...
ko dh la hebat..
takut aku...

anamunawwarah said...

salaam~
anda tggi siott skang..pehh boys mmg cepat membesar.ehe

all the best in whatever you do!=)

pencari sejati said...

ana
hehe...makin tinggi n tough kot...
hehe...
tq..

phyto hystrix said...

mngucapkan tahniah kpd encik krn tlh mbanggekn mktb ke prtndgn trsbt. incik mmg power la,tabik incik. ape2 sklpun,yg pntg bkn mng/klh,tp kbrnian. incik n rkn2 pdebat smue ade smgt utk bt yg trbaik,bgs le. tahniah!