Dec 17, 2009

saLaM HiJrAh

Assalammualaikum dan salam senyum Semesti kepada kamu semua

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan salam hijrah, maal hijrah 1431H kepada semua umat Islam di seluruh dunia(cm international plak blog aku nie).

Mari sama2 kita memasang niat yang baik2. Merenung kembali tahun 1430H dan mengambil iktibar dari segala perkara yang berlaku. Buang yang keruh, ambil yang....JERNIH. Pandai semua...

Selepas berkumandang azan yang menandakan masuknya waktu magrib, maka sudah bermula lah lembaran baru untuk tahun 1431H. Dengan keadaan yang hujan di daerah aku ini, menambahkan lagi kesedihan dalam hati kerana aku diberi rahmat dan nikmat olehNya yang paling besar bagi aku. Iaitu masih lagi hidup dan bernafas di muka bumi ini walaupun aku ini berdosa. Ini menunjukkan aku masih lagi berpeluang untuk mengucap syukur dan bertaubat kepada Ilahi.

Menginsafi diri sendiri itu penting. Aku memohon kepada Ilahi agar aku dapat menjalani gaya hidup seorang Islam dan Muslim sejati. Begitu juga mati ku, adalah sebagai seorang yang mempunyai Iman didada dan Islam dihati. InsyaALLAH. Amin.

Aku bukan pandai sangat untuk bermadah atau berceramah atau pun berdakwah kepada orang lain. Cukup lah untuk mengingatkan diri sendiri dahulu kan.


*Perubahan itu penting
**Mesti mencuba dan jangan berputus asa