Dec 9, 2009

royal UM

Assalammualaikum...

Selama 5 hari pertandingan Debat Piala Diraja IPT Malaysia berlangsung di Universiti Malaya. Pertandingan ini melibatkan IPTA dan IPTS. Peringkat akhir menemukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Tun Hussein Onn(UTHM). Dengan usul "Pembinaan Negara Bangsa Lebih Penting", UKM sebagai kerajaan manakala UTHM sebagai pembangkang, usul ini diterima. Maknanya, UKM adalah johan bagi Pertandingan Debat Piala Diraja bagi tahun 2009. Abang Khairul Anuar sebagai pendebat terbaik pada peringkat akhir tersebut.

Banyak yang dapat aku pelajari dan menimba ilmu ketika berada di sana. Pengalaman yang menarik, seronok, gembira juga dapat di rasai di sana. Terima kasih banyak2 kepada pasukan UPM yang sudi untuk menumpangkan dan menerima aku untuk sama2 belajar dan menambah ilmu tentang debat . Minta maaf banyak2 jika ada menyusahkan pasukan UPM. hehe. insyaALLAH, tahun hadapan pasukan UPM dapat merangkul semula kejuaraan. Begitu juga kepada pasukan lain. Sesiapa sahaja boleh mendapat yang terbaik untuk segala daya usaha yang telah dilakukan. Cuma, mungkin tidak ada rezeki kali ini, pasti ada hikmahnya.

Seperti pasukan UTHM yang telah membuat kejutan pada royal tahun ini. Apa2 sahaja boleh terjadi. Asalkan ada keyakinan, usaha, semangat berpasukan, ikhlas, doa dan tawakal, insyaALLAH kita akan dapat ganjarannya.

Ketika di sana, aku berjumpa ramai kawan2 debat dari pelbagai universiti. Terdapat juga senior aku ketika di bangku sekolah menengah yang menyertai pertandingan ini.


Inilah senior aku
dari kiri:Ammar Redza(batch 18),Puteri Mahirah(batch 18),Mazzaliana(batch 19),aku(batch 20)
Terdapat lagi beberapa ex-semestian yang masih lagi aktif dalam dunia perdebatan. Teruskan usaha. Sampai di sini sahaja coretan aku. Harap maaf jika tersalah kata dan terkasar bahasa.

2 comments:

dya said...

dulu suka gak dengar org debat2..skrg tidak lg...hoho

pencari sejati said...

nape skrun x plak?