Feb 13, 2010

Selamat Sambung~

Assalammualaikum dan Salam Senyum..

Sudah agak lama aku tak update blog kesayangan aku nie. Akibat banyak kekangan yang membuatkan aku tidak berpeluang untk menaip. huhu.

Jadi, aku ingin mengucapkan kan, Selamat sambung belajar kepada rakan2 aku yang akan melanjutkan pelajaran mereka di luar negara. pada minggu lepas, Muhammad Adi menjemput aku ke majlis kesyukuran di rumah beliau. Alhamdulilah. aku berjaya meloloskan diri untuk hadir ke sane. Rindu bangat same beliau. Hehe. Terima kasih ajak aku.

Pape pun, aku doakan segala-galanye baik untuk ko.




Adi dan Aku


Aku, Reksi, Adi dan Faten


Dalam majlis ini, aku dapat berjumpa dengan Faris aka Reksi dan Faten. Lame tak jumpa mereka. Macam2 ceritera yang keluar. Best2. InsyaALLAH, kite jumpa lagi. K

Salam Rindu kepada semua.


*kepada rakan2 lain yang menerbangkan diri ke luar negara, selamat sambung belajar juge erk.Semoga segala-galanye selamat dengan izin dan keberkatan-Nya. InsyaALLAH. Amin.

(Adi sudah berlepas ke negara Kangaru pada 9/2 yang lepas)



Jan 26, 2010

BeRaT!!!!

KePaLe
BaDaN
MaTe
TuGaS
TanggungJaWab
TeLinGa
HiDuNg
OtAk
HaTi
MuLuT
TaNgAn
DiRi
KepEntInGan
KeSeDaRaN
MacAm2 lg....
*yeah!!! Bangkit2!! Bangun2!!!
**haha.....Sumenye OK la.....Dun wory erk...saje jer
***Nie Baru sKit jer....JaLaN maSiH pAnjANg.

Jan 21, 2010

MeLaYaN PeLbAgAi RaGaM MaNuSIa

Sabar
Tabah
Kawal
Tahan
Tenang
Senyum
Positif
Penyelesaian
*Inilah kehidupan kan. Tanpa semua ini, hidup tidak bermakna.

Jan 9, 2010

PISMP 2010

Assalammualaikum dan Salam Senyum Semesti



Dah seminggu aku di IPG KPP. Jadi, untuk tahun nie, aku dah masuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)! Alhamdulilah. Maknenyer, aku sudah mulekan perjuangan untuk mengenggam segulung ijazah. Yeah!! Gumbira tidak terkate.






Akhirnyer!! Tahniah juge kepada rakan2 bakal guru yang lain. Mari kita sama2 meneruskan delegasi perjuangan mendidik anak bangsa Malaysia. Hurm, hari pertama kuliah (4/1), kami memulakannya dengan mendaftar dan sah menjadi pelajar PISMP. hehe.




Walaupun baru daftar, tapi ktorg dh memulakan kuliah. Dan esaimen pun dh dpt!! Ouh, smgt sungguh kami menerimenyer.uhukz. Dapat pensyarah baru bagi subjek yg baru. Bez sume pensyarah nyer. Tapi, IPG lain kan, deme start kuliah minggu depan. Taklimat pasal PISMP, B.I.G, n PBS pun dh wat tau. Kami x wat pun. huhu. (no komen).







Jadi, ad 4 tahun lg sebelum aku bergelar GURU. Waaa....cuak gk la. Jgn riso erk kekwan. Kite ad pensyarah yg akn membantu kite untk membentuk diri kite dan bergelar GURU yg bagus dr pelbagai aspek. InsyaALLAH.





Jadi, sebelum aku mengakhiri post nie, aku nk ucapkan SELAMAT HARI LAHIR untuk bulan Januari kepada:-
1. Nazirul Syahmi (1/1)
2. Nadiatul Husna aka Cimek (2/1) klik
3. Diyana Nabila bte Abd Wahid (3/1)
4. Hazwan Haris aka Oneng (3/1)
5. Nur Faten Shafiza (4/1) klik
6. Siti Naqiah (7/1)
7. Cik Monis (12/1) klik
8. Haziq Tan (20/1)
9. Afifah Husni (26/1)
10. Megat (26/1)
*Mean, aku akan kureng update my blog la kot. huhu
**Ad mase, ad lg nafas, ad jodoh, kite berjumpe lg erk.
***InsyaALLAH

Dec 31, 2009

SaLaM TaHuN BaRu 2010

Assalammualaikum dan Salam Senyum Semesti

Aku menaip post ini dalam keadaan yang tergesa-gesa. Jadi, tanpa membuang mase, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2010 kepada semua rakan blogger yang membace atau tidak membace blog aku. haha. Ucapan ini ditujukan kepada sumer rakyat Malaysia atau bukan warganegara Malaysia yang paham bahasa Melayu. erk.


Perhatian!! Sila abaikan nombor 198 tue erk!! hehe

Alhamdulilah. Hanya beberapa azam aku tahun 2009 berjaya dilaksanakan. sila klik ini untuk melihat azam aku pada tahun 2009. Alhamdulilah sekali lagi. Tapi beberapa azam yang tidak dapat dicapai masih lagi boleh disambung. btol kan? Sementare masih bernafas, insyaALLAH, aku cube yang terbaik. Amin~

Semoga ALLAH memberkati kamu semua. Tinggalkan 2009 sebagai pengajaran, yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan sempadan. Memasuki 2010 dengan penuh harapan, melakukan kebaikan untuk kesejahteraan, meninggalkan keburukan untuk kedamaian.

Salam kepada anda semua. Mohon maaf dipinta. Jumpe anda pada tahun 2010.

*aku terpakse post awl n3 nie sbb waktu malam terbabit aku tidak berada dikawasan yg sewaktu dengan nya.

Dec 29, 2009

2-1

Assalammualaikum dan Salam Senyum Semesti


Selepas mencatat keputusan seri 0-0 dengan pasukan Birmingham, Chelsea kembali bangkit dengan mencatatkan kemenangan dengan pasukan Fulham. 2-1.


Pada separuh masa pertama, Fulham mendahului dengan 1-0 hasil jaringan Zolta Gera. Namun, pada separuh masa kedua, hantaran cantek Ivanovic kepada Drogba, disudahi dengan tandukan tepat ke gawang gol. hehe.

Lepas tue, Smalling cuba menyelamatkan bola yang hampir masuk gawang, namun bola tue nak gak dok dalam gawang gol tue. haha.




Tahniah. Kekalkan prestasi even xde pemain2 seperti Anelka n Drogba. Bak kate Ancelotti, nie la peluang pemain muda tunjukkan kehebatan masing2. Chelsea mengakhiri tahun 2009 dengan mengekalkan kedudukan sebagai peneraju liga. Harap2, musim nie, Chelsea Juara EPL. Juge Juara UEFA.

Dec 28, 2009

Pengajaran Untuk Semua

Assalammualaikum dan Salam Senyum Semesti


Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, keluarga aku selamat sampai dari percutian malam tadi. Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar. Semase percutian aku, terdapat beberapa khabar berita yang mengejutkan aku. Yang paling utama pastilah kejadian yang meragut nyawa 10 orang semasa kemalangan yang melibatkan bas dua tingkat dengan penghadang jalan. Huhu. Kejadian ini berlaku di Lebuhraya Utara Selatan Ipoh.





Punca awal yang menyebabkan kejadian ini adalah pemandu bas tersebut terlelap. Selepas itu, timbul la pelbagai cadangan, pelbagai pendapat, pelbagai perasaan. Bagi aku, perkara paling utama, adalah pemandu.






Sehari selepas kejadian tue, keluarga aku bertolak pulang dari PD ke Sitiawan. Aku dan abg aku bergilir-gilir memandu. Dalam perjalanan, ade 3 kejadian yang ngeri. huhu. 1st, dekat RnR Seremban, ade seorang penunggang motosikal maut. Waktu aku lalu kat situ, mayat tersebut baru sahaja ditutup dengan surat kabar.





2nd, waktu aku drive dekat Lekir, ade seekor kereta yang overtake dari arah bertentangan. Bile aku makin dekat dgn hon n lampu, stil tak berganjak. Terpakse la aku ke tepi sebelah kiri. Naseb baek sebelah kiri aku tue luas la jugak kan. Kete belakang aku pun hon gile2 kat kete tue. Sabare je la aku nie.



3rd, mule2 aku ingat lori nie overtake lori tanpa sebab. Aku dh bagi lampu dh kat lori2 tue. Mule2 aku slow, lori2 tue pun dh slow. Rupe2 nyer, ada kete proton wira rasenye yang baru jer terbabas dengan penghadang jalan.


Dah byk dh kejadian kemalangan ngeri yang kite dh dego. Tapi, masih lagi berlaku. Utamanya, akibat sikap kita. Jadi kepada semua rakan pembaca, ambil iktibar. Jgn la hangat2 tahi ayam. Juga peringatan kepada aku dan semua rakan. Ingat la orang tersayang. Xpun, waktu korg memandu, kalo rase x tobat lagi, byk dose lg, jgn la bwk gile2. haha. xbley blah btol ayat aku.



*Kompen bile aku balik penang naek moto, my parent will remind me mcm2. hehe
**Berhati-hati di jalan raya. Pakai tali kelendar. Jangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu (menunggang bley). Ikut peraturan jalan raya.Ingat lah orang tersayang(org yg x disayangi jgn ingt!!). Ikut had laju yang ditetapkan.

Dec 24, 2009

SeLaMaT BeRTuNanG

Assalammualaikum dan Salam Senyum.



Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Bertunang kepada Mohd Nazrul Hafiz dengan buah hati kesayangannya Mazidah Hasanah. Mereka akan mengadakan majlis tersebut di kediaman keluarga wanita di Hutan Melintang, Perak. Majlis pertunangan akan diadakan pada jam 8 malam.



Rakan2 batch 20 boleh menghadirkan diri anda erk. Buat la muke tak malu korang tue. haha. Pukul 5 petang pulak ada majlis doa selamat. Pakat2 la erk pergi sane. Aku tak dapat pergi sebab ada percutian bersama keluarga. Maaf ye tak dapat menghadirkan diri.



Ini lah abang hensem kite, Mohd Nazrul Hafiz.

Ini pulak kakak ayu kite, Mazidah Hasanah


Deme dua nie same batch. Mean, batch aku gk la. Bak kate akak Mazidah kite nie, 'produk 3S'. haha. Sebab nyer, deme nie waktu form 1, 2 n 3 same kelas. Same kelas dgn aku juge. Pape pun, mari kite same2 doakan kebahagiaan mereka. Semoga berkekalan. InsyaALLAH. Amin~
*Sori erk ambek pic korg. hehe. Aku ambek yg terbaik punyer.
**kepada anda sumer, bile lg nk tunang n kawen? hahaha
***aku? lambat lg. calon tak dok lg lor...haha