Aug 30, 2009

BuKaq BeRsAMa

salam sumer......

semalam, aku bersame 10 org lagi kawan batch (dani, minol, haziq, slay, azman, put, megat, lonjong, syu, meor) pergi berbuka pose kat WANA CAFE. tempat di kat rumah rehat teluk intan. aku memulekan perjalanan aku kul 11.15. pegi ke bote ambek dani. singgah jap kat kg gajah umah TOM. ziarah.

then, sampai kat kg bahagia umah megat serta solat zohor di sana. pegi umah minol. slay sudah ad di sana. dlm kul 3 suku, gerak ke semesti. jumpe dgn PAK USU aka cekgu DAUD. wah...byk cite2 yg menarik, tertarik dan da BOMB.

pak USU offer tido kat SEMESTI. tanpa membuang mase, ktorg trime. sbb nyer, x tau nk tido mane dh mlm tue. septt nyer tido kat umh org. tp ad skit perkare2 yg x dpt di elak. dgn hati terbuka, tempat pun free, ktorg trime ar tido kat skul.

lepeh tue, ktorg gerak ke pekan teluk intan, solat asar kat masjid BATAK RABIT. belakang nyer sungai perak.

agk cantek la kan sg perak. dgn pemandangan waktu petang

dlm kul 7 suku, sumer berkumpul di rumah rehat. nie la antare makan2 yg ad. daging masak merah, ayam masak ????, ikan siakap masak tiga rasa, tomyam, telur dadar dan sayur kailan masin.









menunggu masuk waktu. dengan muke kelaparan sumer nyer. bile dh masuk waktu, dego azan, ktorg minum skit dulu then solat magrib b4 melahap.

nie la antare pelahap2 terkemuka kat semesti. bile dh makan, x ingt org lain dh. ish3...
superb la korg. sabar2. x cukup, bley tambah lg. put? nape put? x cukup ker sampai muke gusar jer? haha
ha slay? cedok2. pancing2. ambek la sgale isi yg ade dlm tue

licin sumer nyer. skrun tinggal nk bantai buah-buahan jer. aku stil maintain. cover jer depan kamera..hehe



sumer nyer muke kekenyangan. alhamdulilah. rezeki ALLAH. syukur2.

kami pun berangkat ke masjid daerah teluk intan untuk mengejarkan solat isyak dan tarawih. sembg punyer la x abis2. pas solat terawih, bley plak dok tepi tue sembg lg. setelah sekian lame, baru la bergerak ke kenderaan. crk plak tempt nk sambung sembg. jadi, Gulam Rasul pun menjadi tempat minum2 dan bermesra. sgt2 bez la.
sembg punyer sembg, sampai la nk kul 12 malam lebey. tibe la mase untuk berpisah. aku, dani n slay tido kat skul. yg lain balik umh masing2.
p/s: sampai kat cnie jer la citer nyer kot. ad lg. tp saje jer nk pendek kan cite. huhu
p/s lagi: keapde org2 yg dh seberang kan, jgn la kamu jeles plak..hahaha
p/s lagi dan lagi: sori la kat kawan2. kalo ad kekurangan waktu makan. hehehe...

Aug 27, 2009

TaBaHkaN HaTi!!

salam sumer...

post kali nie ditujukan untuk kawan blog aku... adik syaza...hehe saje nk mengisi kekosongan blog nie...rase nyer subuh td dh pikir dh nk post per...tetibe, bile bangun dari tido..lupe plak..skrun nie ngah carik balik maklumat dlm otak aku nie, pe bende yg aku nk post waktu subuh td...sementare ngah menyelongkar balik laci2 dlm otak nie, aku pun wat la post untuk adik syaza.sbb nyer, hari nie adalah hari istimewa die. melangkah ke umur 15 taun. tahniah2....
selamat hari lahir, May ALLAH bless u.




pe kaitan gambo kat atas tue dgn adik syaza plak? haha..
sebenonyer, dlm setiap perkare, byk bende yg tersurat dan tersirat. termasuk gambo kat atas..

kalo secare tersuratnyer, kite tgk gambo pompuan yg berambut panjang warne biru dgn gaye agk seksa kot... cube kite lihat secare tersiratnyer...
dlm watak kartun pompuan nie, die adalah seorag pejuang. dengan penuh keberanian, ketabahan, kesabaran berjuang untuk keadilan. berani kerana benar. tabah kerana die tahu die perlukan spirit tersebut untuk kekal hidup dan sabar untuk kebahagiaan akan datang.

jadi syaza, ambek setiap perkare itu untuk pengajaran dan ada hikmah disebaliknye. tidak kire apa sekali pun yg berlaku, pasti akn ad manusia yg sentiase menyokong kite. tapi, pastikan perkare yg kite lakukan benar di sisi agama. abg pun bukan pandai nk bercakap soal agama. tp dgn ilmu yg sedikit nie, insyaALLAh dapat kongsi bersame.

tidak kire la manusia itu bagaimana sekalipun, ALLAH tetap memandang darjat seseorg dgn iman yg ada di dada. fikir-fikirkan lah. dan selamat beramal..

kalo ada salah dan silap, harap bley betulkan la.. nk tambah pape pun, silakan la erk...

p/s: err..nie jer la gambor yg dpt di cari kot..hehe... sila terime dgn hati terbuka. selamat hari lahir...


Aug 24, 2009

EmPaT JaWaPaN

assalammualaikum rakan2 sumer..

jadi, untuk entri hari ini, aku nak menjawap tag yg telah diberi oleh miss luna aka hystrix.

beliau mengTAG aku kerana blog aku nie cheers her up most of the time(kate nyer)..haha..cm lawak pun ada.. aku tau die saje jer wat ayat cm tue untuk menarik perhatian aku menjawap tag die nie...

nampknyer beliau agak berjaye la kan..hoho

blog aku nie pun merepek kerepek jer.....pape pun tq erk miss luna...guro2 jer kat atas tue..

mase untuk menjawap...
aku akn menukarkan soalan kepada bahasa malaysia.... ok..

EMPAT NAMA PANGGILAN OLEH KAWAN KAMU
  • naqib
  • zack (waktu kat kem PLKN)
  • cha (segelintir kawan2 batch aku yg panggil, aku x trime sgt pun name nie..huhu)
  • orang muda (apabila aku cukur misai aku)

EMPAT TARIKH PALING PENTING DALAM HIDUP

  • 15/6
  • 14/5
  • 18/8
  • 1 SYAWAL (hehe, mentang2 la bulan pose skrun nie kan)

EMPAT PERKARA YANG KAMU LAKUKAN DALAM MASA 30 MINIT YANG LALU

  • solat subuh
  • suro adik g solat subuh(abg mithali btol la...hahaha)
  • update blog
  • memikirkan jawap untuk tag yg diberi

EMPAT CARA UNTUK GUMBIRA

  • baca komik @ kreko
  • tidur (oh, nikmat dunia)
  • makan makanan kegemaran
  • tgk muvi (duniawi semuanya..ish3)

EMPAT ORANG YANG KAMU RINDU PADA MASA LALU

  • batch 20
  • rakan2 seberang perak
  • kawan2 PLKN Segari tahun 2008
  • awek2 terdahulu (sgt2 menipu kamu ye!! x penah2 ad awek pun)

EMPAT HADIAH YANG KAMU SUKA

  • coklat (cepat2, g beli untuk aku)
  • kereta (dlm mimpi jer kot nie)
  • barang yang diberi dengan penuh keikhlasan
  • hurm....pape jer la... i sanggup terima, janji halal

EMPAT HOBI KEGEMARAN

  • blogging
  • membaca buku atau artikel politik
  • memandu ke sana-ke mari
  • hang out dgn kawan2 (huhuhu, mayb skrun nie dh kurang bez)

EMPAT TEMPAT ATAU NEGARA YANG ANDA MAHU PERGI UNTUK PERCUTIAN

  • tempat berbukit dan berhutan
  • tempat berpantai dan laut
  • tempat bersejarah
  • ada tempat tido (hahaha)

EMPAT MINUMAN KEGEMARAN

  • Teh O Ais
  • Jus Orange
  • Jus Tembikai
  • Air Masak yg sejuk...

EMPAT BARANG YANG ADA DALAM BAG/BAGTANGAN

untuk permudahkan, aku tuko kepada dompet yang slalu aku bwk..hehe

  • I/C (saya anak Malaysia)/ lesen memandu
  • Duit syiling
  • Kad ATM bank (sgt penting ooooo)
  • Duit Kertas kot...(agk slalu ghaib tibe2) huhu

EMPAT WARNA KEGEMARAN

  • Biru
  • Hitam
  • Hijau
  • Orange

EMPAT TEMPAT TERBAIK UNTUK JALAN2

  • Teluk Intan (cm xde tempat lain jer)
  • Ipoh (bile dh busan asyik teluk intan jer, haha)
  • Qbay (tgk wayang la....)
  • BJ, ropewalk, sunshine (terpakse sekalikan sbb nie tempat beli barang murah)

EMPAT ORANG TERSAYANG

  • ibu ayah
  • adik beradik
  • sahabat2
  • bakal2 teman istimewa (masih belum empunye kot) hohoho

EMPAT BARANG YANG ANDA SAYANGI

  • LC 135
  • handphone SE
  • Lappy ku sayang
  • kucing2 comey? (er...dikira sebagai barang x?) huhu

EMPAT ORANG YANG ANDA TAG

jadi, saya tidak anda mengTAG anda2 yg membace..... sesape rase die dh bace, rase otak blur nk tulis pe dlm blog, sila la ambil TAG nie erk untuk di isi di dalam blog anda...

pasti xkn cacat cela la...akn bertambah seri ada la...haha

p/s: berjaya mengisi kekosongan masa untuk hari ini....

Aug 23, 2009

GaMbO SeMuLaJadi

salam ramadhan dan selamat berpuasa...

untuk entri kali ini, aku letak gambar2 alam semulajadi yang melibatkan flora dan fauna ciptaan ALLAH. sebelum itu, aku mahu kamu semua berfikir, jika kita tidak mengekalkan segala isi bumi ini.... adakah kita masih lagi dapat menikmatinya pada masa hadapan? jika kita melakukan kerosakan terhadap isi alam ini, siapa yang akan mendapat kesannya?

sempena bulan ramadhan, perlu lah kita sama-sama bermuhasabah dan sama2 menjaga alam yg dipinjamkan kepada kita ini.























model sambilan.....




































sebenarnya, segala keindahan alam ini tidak dapat diambil dengan menggunakan alat ciptaan manusia. lihat lah sendiri dengan menggunakan mata kurniaan Ilahi.

Aug 22, 2009

salam ramadhan....


assalammualaikum rakan2....

dikesempatan ini, aku nak mengucapkan "selamat berpuasa".. "salam ramadhan"..
dgn kehadiran bulan yang penuh barakah dan mulia ini...marilah bersama-sama kita menambah amal ibadat kita...merebut segala peluang dan ruang untuk mendapat keberkatan ALLAH.


manusia ini tidak sempurna..tetapi ALLAH telah menjadikan kita dengan kelebihan-kelebihan yang berlainan setiap manusia...

aku hendak memohon maaf jika ada sebarang kesalahan yang aku lakukan secara langsung atau tidak langsung.


selamat hari lahir aku ucapkan kepada ayahandaku, AHMAD SHOKHAILY BIN TAHARIN. semoga panjang umur dan sihat selalau. terima kasih atas segala-galanya. u ar da BEST!!
segala harapan ayah, naqib akan cuba tunaikan...

naqib doakan kesejahteraan ayah di dunia dan akhirat...









Aug 19, 2009

sEmOgA BeRjAyA~~~~jUmPa LaGi

sudah lama aku tidak update blog aku ini. agak sibuk dengan tugas seorang bakal guru (bajet ar). dengan aktiviti luar yang disertai. alhamdulilah, ada peningkatan dalam bidang yang aku minati ini iaitu debat. masih ada ruang lagi untuk meningkatkan diri.

jadi, entri kali ini memang istimewa. ditujukan khas buat sahabat aku yang akan pergi meninggalkan aku dan sahabat2 lain yang masih ada di Tanah Tumpah Darah pergi ke Tanah Asing. nama diberi Mohd Adib Bakeri. Dok Bota, Perak.

malam ini, pukul 11.59 beliau akan menaiki kapal terbang untuk ke Amerika Syarikat. maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri di KLIA.

ikatan persahabatan terjalin ketika di SEMESTi. kenal kat sana. sampai la sekarang, hidup sebagai seorang sahabat yang bermakna.

bila ko dah terbang dan sambung perjuangan dalam bidang pencarian ilmu di sana, dalam masa beberapa tahun akan datang, hang out memang tidak akan disertai ko. huhuhuhu..... nanti, xde la aku nak ke Bota dulu b4 g Ipoh atau Teluk Intan. atau singgah ke Bota saje2 nak bersembang. nanti, xde gak ko datang ke Sitiawan nak tgk wayang, mandi kat teluk batik, jalan2 kat lumut.

huhuhuhuhu....
semoga ko berjaya di sana,
tidak melupakan sahabat2 lain di sini,
pandai membawa diri(jgn bile ko balik cnie, ko berubah jdi tut plak)
sentiasa memilih jalan yang benar,
pegangan utama adalah agama.

aku pasti ko pun tahu semua tue...

jumpe lagi...~~~~~~










x dapat nak tgk ko mengedik cm nie lagi kat atas sofa..hahahahah....
(xdpt nk teruskan lagi kata2, hati sudah terasa agk sedey~~~huhuhu)

p/s: takziah diucapkan kepada sahabat Fitri Izzat bin Abdul Hamid atas pemergian ayah nya iaitu arwah pakcik hamid pada beberapa hari yang lepas. moga arwah dicucuri rahmat dan diberkati ALLAH. sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Al-fatihah

Aug 9, 2009

pAnTai KeRacHut~~~

salam semua rakan2....

akhirnya aku telah membuat keputusan... aku mengikuti rakan2 3KSBM ke PANTAI KERACHUT.

setelah berfikir panjang, dalam2, berbincang, bermonolog dan sebagai nya, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Taman Negara Pulau Pinang.

pada mula nya, aku tidak memberitahu keputusan aku itu kepada sesiapa pun rakan kelas aku. hanya yang tahu adalah pensyarah aku iaitu En Roslan. kami berkomplot dan berjaya juga misi aku itu. hahahaha...


terasa malas pula hendak bercerita panjang.... dengan keadaan yang sibuk sekarang ini, aku hanya memaparkan calitan dan sedikit gambar2 dan ayat2 berbunga-bunga untuk anda semua. maaf nya kerana tidak dapat membuat sebuah ceritera yang menarik pada kali. hayati dan nikmati sepuas-puas nya (wow) gambar2 menarik erk.


gambar ini aku ambil apabila sudah berada di Teluk Bahang. tempat terletaknya Taman Negara Pulau Pinang menuju ke arah teluk AWAK!! haha...

kami bertolak dari IPGM KPP pada pukul 11.30 pagi. ketika itu hujan turun agak lebat la. sebelum itu, rakan2 kelas aku menghantar pelbagai mesej memujuk supaya aku mengikuti program ke sana. sayang juga mereka kat aku rupanya. hehehe... En Roslan la yang memainkan peranan penting untuk menjayakan misi dan visi tersebut.


hari yang kami pergi itu hari jumaat. maka, kami solat di Teluk Bahang. dalam pukul 2.30 petang, kami ke tempat pengumpulan sebelum berjalan dalam hutan.

selepas selesai mendaftar, kami memulakan perjalanan ke Pantai Kerachut. tempat yang kami pergi ini di kenali sebagai Taman Negara Pulau Pinang.

berada di sempadan Taman Negara


kami menuju ke kiri..sila lihat penunjuk jalan supaya anda tidak sesat.


mendaki bukit...aku masih lagi ok...hehe


setelah hampir 2 jam pejalanan, akhir nya kami sampai di Pantai Kerachut.

kami memasang khemah di tapak. semua rakan2 bekerjasama untuk mendirikan khemah. bagus2. memupuk nilai kerjasama dalam kalangan kita. selepas itu, kami solat asar

bila dah siap semua nya... kami pun menuju ke pantai untuk menikmati pemandangn senja.
dengan keadaan ombak yang menganas, besar pulak tue, kami masih lagi berada berdekatan dan mengambil posisi masing2 untuk bergamabr. peluang ini tidak kami lepaskan...



kaum minoriti KSBM. Lelaki Melayu terakhir kot...hahaha...

hahahaa!!! aku menganas!! mengejar mereka2 yang bersalah dan akan di panggang malam ini!!
pada waktu malam, kami di beri taklimat oleh pegawai dari PERHILITAN iaitu en amin. pantai kerachut mendapat nama hasil gabungan KERA KECUT!!! tidak tahulah bagaimana boleh wujud nama sebegini.

keesokannya, kami sarapan dan bersiap sedia untuk ke tempat pembiakan penyu

dalam perjalanan ke tempat penyu2 pulau pinang...


hati2!! PENYU MELINTAS!!

penerangan tentang penyu di beri oleh abg khairi.

ini baby2 penyu yang baru menetas dan baru keluar dari dalam pasir.



selepas berkemas untuk pulang, dalam memulakan perjalanan pada pukul 11 pagi. walaupun pergi hanya 1 malam, banyak ilmu yang aku dapat.

perjalanan pulang ke tempt menunggu bas


akhirnya, pukul 1 tengahari, kami sampai. terus menyerbu kedai makan. mmg penat la. dengan sakit2 badan nye. huhuhu.. aku pun membantai tembikai yang aku tengok memanggil-manggil aku supaya aku membeli dan merasai tembikai tue. huhuh...
apa yang aku dapat di sana? hanya kepenatan semata-mata? hanya keseronokan semata-mata? hanya kesakian semata-mata?
aku dapat menghilangkan kekusutan fikiran aku dengan menghayati keindahan alam semulajadi. menimbulkan kesedaran tentang kepupusan haiwan lain akibat daripada kerakusan kita sendiri.
aku akan cuba upload keindahan hutan di sana dan fauna yang dapat ditemui. jadi, pelihara dan pulihara alam yang ALLAH beri kepada kita. kita hanya meminjam alam ini untuk generasi akan datang. jika kita tidak menjaga alam ini, siapa lagi yg nk jga? sama2 kita renungi perkara ini.
p/s: aku terfikir untuk menubuhkan kelab kembara di IPGM KPP. sesiapa yang hendak menyertainya, sama2 lah kita menubuhkan kelab dan matlamat akhir sebelum aku mendapat ijazah sarjana muda, aku mahu membawa kelab ini mendaki gunung kinabalu...