Aug 1, 2009

1 oF Da HePiEst dAy

salam semua rakan2 blogger....

sekarang ini ramai yang cuti dan risau dengan keadaan di dunia.

dengan kes SELESEMA BABI atau H1N1 melanda dan merebak.

jadi, sentiasa berhati-hati. mencegah lebih baik dari mengubati.

akibat daripada itu, sekarang ini aku sedang bercuti. aku menamakan cuti aku ini..."CUTI BABY"

hehehe.....

waktu IPGM KPP aku disyaki penyakit ini, aku sedang berada di IPGM KBM di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. di sana juga berlaku kes2 suspek SELESEMA BABY ini. tetapi, alhamdulilah aku selamat.

aku berada di IPGM KBM sebab menyertai pertandingan pidato kebangsaan antara IPGM. aku hanya simpanan. di sana, aku berjumpa dengan ramai kenalan. menambahkan kenalan aku dari IPGM. aku juga dapat bertemu dengan senior dan junior aku di SEMESTI dulu. si acap ayam dan syikin. acap mewakili IPGM KBA dan mendapat tempat ke 3. syikin pula belajar di sana.

secara keseluruhannya, aku tidak berpuas hati dengan protokal, pengurusan dan pengacaraan majlis. tidak ada protokol langsung. ramai rakan2 pemidato yang lain juga mengadu masalah ini. harapan saya, perkara ini dapat di tambah baik. segala teguran boleh diambil secara positif.

rakan saya yang menjadi peserta, sudah buat sehabis baik. tetapi, apa kan daya, nasib tidak menyebelahi kami. pape pun, beliau sudah cuba yang terbaik. tahniah!!

aku, syikin dan acap ayam

hari ini, sabtu bersamaan 1 Ogos 2009 = 10 Syaaban 1430, aku telah ke Teluk Intan. aku ke sana bertujuan melawat adik aku si waie di SEMESTI. jadi, aku mengambil peluang ini untuk keluar sekali dengan sahabat2 baik aku iaitu adib bakeri, farid hareez dan megat ikhwan.

inilah kali terakhir aku berjumpa dengan adib bakeri sebelum beliau pergi meninggalkan kami semua. beliau akan ke luar negara dan penerbangan beliau bertarikh 19 Ogos 2009. ketika itu aku ada kuliah. sangat2 kecewa kerana tidak dapat pergi ke KLIA untuk melawat beliau.

jadi, aku pun keluar dengan beliau dan sahabat2 yang lain. pergi ke SEMESTI, bergelak ketawa, makan tengahari bersama, makan aiskrim, makan coklat, menyanyi sama2.... sangat2 seronok dapat meluangkan masa bersama. sebelum beliau berangkat ke kota terkenal di dunia, New York untuk sambung belajar di sana.

farid, sekarang hanya tinggal kita berdua sahaja di Tanah Air terchenta. huhuhu. serius. sangat2 sedih. tapi, apa kan daya. ia merupakan tuntutan kehidupan. maju kehadapan. setiap perkara ada pengorbanannya. setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya.... aku harap ada orang akan faham maksud aku.....=.=
(aku seronok ada yang menemani aku di sini)


akhirnya, tiba saat untuk berpisah dengan beliau. ketika aku hantar beliau pulang ke rumah, hati kecil aku berkata "bila lagi masa untuk aku berjumpa sahabat aku ini? aku harap, ikatan persahabatan tidak terputus walaupun jarak menjadi halangan."



ish3, wat pe la plak tue?

ape yg cube dilakukan abe nie? berlatih terbang ker? ko naek kapal terbang..xyah berlatih la..hahaha

nie la budak kecik tue, cm2 barang die minx..huhuhu. sampaikan, duet aku pun die nk pau. ish3......


megat dan ally aka farid ( gado ker? rosak rumahtangga) hahahah

abe n ally

megat ally abe


wow, skandal2!!! hahaha..... dh berbaik semula


aku mendoakan kesejahteraan kamu di sana. jangan lupakan sabahat2 kamu di Tanah Melayu ini. kami sentiasa ada jika memerlukan sebarang pertolongan. semoga kamu selamat sampai, selamt di salana, selamat belajar, selamat segala-galanya dan selamat pulang n kembali ke sini nanti. insyaALLAH. Amin

p/s: seronok hari nie kan...hehe... ally dan abe berjumpe kekasih..mesra nampk...lalalalala~

9 comments:

farid la said...

NAQIB!! diri punya skandal kata orang plak eh..hahaha

"ally dan abe berjumpe kekasih"
ok yang ni aku mmg x paham..sape la yg jumpe kekasih ni??hahahha
ko ke kitorang acutally??

dan post ko ni buat aku sedih je =(..
nak nangis je plak buatnya..

pencari sejati said...

eh....skadal kau la...
aku plak...aku nyer ad berdekatan..
hhahaha....

"ally dan abe berjumpe kekasih"
maksud nye..ko dgn skandal ko...
abe dgn org berdekatan die...
paham x?

so, kite sumer la jumpe kekasih
wakakakaka

hurm...
same lak kite...sedey...
huhuhu...

Adib said...

ape yg ko cube maksudkan ni naqib???
hmm papepon tq kahkahkah
btw aq bkan g new york ah tp michigan okeh.

n sedeyh btol huhu

p/s: padahal ko nak jumpe kekasih ati ko kan

pencari sejati said...

ouh..
td ko kate mendarat kat NY..
ingt kat ctue..
hahahah

michigan erk..
ok2

p/s: haah...mmg nk jumpe kekasih hati...kat skul kan..ala..si Q dgn si D

cik manis said...

entri nak touching je
:P

Anonymous said...

abeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

babai.babai.babai.
:)

pencari sejati said...

monis
musti la nk touching...
huhuhu..sedey2

shakinah
bubuy to abe aka adib aka baby aka siti
huhuhu

Cik As said...

saat bersama sahabat adalah saat yang trindah.....kalu jauh pown, still da memoro bersama kan...jadi amek nie sbg pengerat silaturrahim.....biar brpisah beribu batu, asal ikatan prsahabatan kekal di hati....
p/s: y hari nie bermadah pujangga lak eh???harap di fahami ayat metafora d atas yek....hahahahaha.....

pencari sejati said...

miss ashy
wow..pandai bermadah bicara rupenyer...

yap..
btol tue...
pape pun...

sahabat selamanya